• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Arah KPN Tahan Bapa Mualaf Ingkar Perintah Mahkamah

oleh Ahmad Albab
29/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) menahan mualaf Muhammad Ridhuan Abdullah kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya.

Panel lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif membenarkan rayuan guru tadika M. Indira Gandhi untuk melaksanakan semula perintah mandamus dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengarahkan KPN melaksanakan waran komital terhadap Muhammad Ridhuan.

Beliau mengembalikan semula kes itu ke Mahkamah Tinggi Ipoh bagi Hakim Mahkamah Tinggi itu memantau pelaksanaan waran komital terhadap Muhammad Ridhuan.

Hakim Raus berkata Muhammad Ridhuan sengaja mengingkari perintah mahkamah itu dan dia masih enggan menyerahkan Prasana Diksa yang berumur lapan tahun kepada Indira Gandhi.

Beliau berkata Muhammad Ridhuan telah mempertahankan tindakannya itu semasa didapati bersalah mengingkari perintah penjagaan anak itu dan merayu ke Mahkamah Persekutuan, dan menurutnya apabila rayuannya ditolak dia menghilangkan diri bersama-sama Prasana Diksa.

Hakim Raus, bagaimanapun berkata Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya mengeluarkan perintah mandamus untuk memaksa KPN mencari Muhammad Ridhuan dan mengambil anak itu dan menyerahkannya kepada ibu anak perempuan itu.

Turut bersidang bersama-sama Hakim Raus ialah tiga hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Azahar Mohamed, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Aziah Ali berikutan Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong telah bersara.

Rayuan itu didengar oleh panel itu pada Ogos tahun lepas dan mereka menangguhkan keputusan.

Pada 17 Dis, 2014, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh dan memutuskan KPN tidak patut diarah untuk mendapatkan Prasana Diksa, atau menahan bapanya.

Dalam penghakiman majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan itu, pengerusi panel Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan KPN mempunyai budi bicara untuk tidak menguatkusakan perintah mandamus kerana ia bukan kepentingan awam.

Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada 29 Sept, 2009, memberikan hak penjagaan tiga anak pasangan itu – Tevin Darsiny, 19, Karan Dinish, 18 dan Prasana Diksa — kepada Muhammad Ridhuan yang telah memeluk Islam dan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 11 Mac, 2010, memberikan hak penjagaan anak kepada Indira Gandhi dengan bapa diberikan hak lawatan sekali seminggu.

Pada 30 Mei, 2014, Muhammad Ridhuan dikenakan tindakan menghina mahkamah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh dan turut mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas dia gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi untuk menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya. Indira Gandhi turut mendapat perintah daripada Mahkamah Tinggi yang mengarahkan polis mencari Muhammad Ridhuan. – BERNAMA

Tags: mahkamahmualaf
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional (SKN) Siri 1/2026 di ibu negara hari ini kecoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd