• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lucut Darjah Kebesaran Hak Sultan, Tak Gambarkan Krisis Politik

oleh Ahmad Albab
26/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelucutan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, tidak menggambarkan krisis politik di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata melucutkan sesuatu darjah kebesaran yang dikurniakan merupakan hak Sultan sesebuah negeri.

“Bagi saya, tidaklah saya rasa ada krisis politik. Itu merupakan hak Tuanku sama ada mahu memberi atau menarik balik sesuatu darjah. Ia tersenarai dalam peraturan dan perlembagaan negeri itu.

“Ini bukan masalah besar cuma mungkin masalah dalaman Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Jamuan Penghargaan Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 April, dan perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama semalam.

Azalina yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO yakin langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Sultan Mizan dalam masa terdekat akan dapat menyelesaikan spekulasi terutama dalam kalangan rakyat negeri itu.

Beliau juga yakin Ahmad Razif akan terus menerajui Terengganu sebagai Menteri Besar.- BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanAzalina Othman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bukan Lagi Maxis, Pelanggan Teramai Telco Kini Milik Digi

Next Post

Pertindihan Kerusi Bukti Kelemahan Pembangkang

Related Posts

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

26/12/2023
0

KOTA TINGGI : Syarikat serta ejen pekerja asing yang mengeksploitasi golongan itu dengan janji kerja palsu perlu disiasat serta dikenakan...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dipinda terlebih dulu sebelum membentangkan Akta Kebebasan Maklumat...

Next Post

Pertindihan Kerusi Bukti Kelemahan Pembangkang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd