• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Logo Pelancongan RM15 Ribu Dikritik ‘Cincai’, Ini Penjelasannya..

oleh AK-47
30/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihujani kritikan orang ramai dek kerana logo pelancongan yang dikatakan tidak ‘gah’ seperti nilainya yang menelan belanja RM15,000.

Ini berikutan, ramai yang berpendapat rekaan logo tersebut terlampau mudah, nampak ‘cincai’ dan harganya tidak masuk dek akal.

logo kl

“Dengan harga RM15,000, budak sekolah pun boleh buat reka bentuk seperti logo pelancongan DBKL,” kata Thiru Senthan.

“Logo DBKL itu boleh buat dalam powerpoint dengan harga percuma. Ini tak lain ada unsur rasuah,” komen Michel Wright.

“Logo macam itu RM15,000. Idea sampah daripada DBKL,” kritik Lenny Carey.

Selain itu, ada yang juga memperlekehkan logo tersebut yang memerlukan masa cuma lima minit sahaja untuk direka.

Berikutan reaksi negatif yang diterima, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz tampil memberi penjelasan.

Jelasnya, kos RM15,000 berkenaan bukan hanya rekaaan logo semata-mata sebaliknya termasuk kos pelancaran dan promosi.

“Ia untuk banyak benda, untuk pelancaran dan semuanya. Logo itu ditaja sebuah syarikat persendirian. Sekarang dalam pelancongan kita ada banyak penaja bersama,” kata Mohd Amin.

Sementara itu, DBKL juga menegaskan tidak akan mengubah logo tersebut meskipun mendapat cercaan ramai kerana bajet untuk langkah tersebut telah dipotong.

Logo pelancongan itu menggunakan warna kelabu, melambangkan perlombongan bijih timah yang sangat sinonim dengan bandaraya Kuala Lumpur suatu masa dahulu.  – MYNEWSHUB.CC

Tags: DBKLkl
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyindir sikap segelintir orang ramai yang gemar “mencop” tempat letak kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd