• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Pecah Patung Kuil Dipercayai Sakit Mental – Polis

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lelaki yang memecahkan patung di sebuah kuil di Jalan Hospital di sini dipercayai mempunyai masalah mental, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong.

Beliau berkata polis yang berjaya menahan suspek berumur 29 tahun itu tidak lama selepas kejadian itu sedang mengaturkan supaya dia menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Katanya polis menasihati orang ramai supaya tidak menjadikan insiden yang berlaku kira-kira 5.10 petang semalam itu sebagai isu perkauman.

“Jika terbukti dia tidak siuman, maka apa yang dilakukannya itu adalah di luar kawalan, bukan niat untuk menghina sebarang agama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau keadaan di kuil Sree Muneeswarar Amman Kovil itu lewat Ahad malam.

“Semasa kejadian hanya terdapat seorang sami di kuil berkenaan yang juga merupakan saksi kejadian,” katanya.

Sum berkata suspek masuk ke kawasan kuil itu dengan sebuah kereta sebelum memecahkan patung berkenaan dengan sebilah parang.

Katanya selepas merosakkan patung berkenaan, suspek melarikan diri ke Jalan Ghazali Jawi dengan memandu kereta secara melawan arus dan terbabas lalu melanggar sebuah perhentian bas sebelum ditahan polis.

Ketika ditanya sama ada suspek yang difahamkan pernah menuntut di Mesir mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh, katanya buat masa ini polis tiada maklumat mengenai perkara itu, namun akan menyiasat secara terperinci. – BERNAMA

Tags: polissakit mental
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd