• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Dilanggar Lori Disyaki Akibat Dendam

oleh AK-47
26/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING — Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa
kecederaan pada bahagian kepala selain patah tangan kanan di kawasan Larut Tin
Sambungan, Pokok Assam dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah di sini ACP Harrith Kam Abdullah berkata mangsa yang
berumur 25 tahun dari Jalan Simpang, dekat sini dipercayai dilanggar dengan
sebuah lori selepas satu pergaduhan.

Katanya polis menerima maklumat mengenai satu kemalangan maut di kawasan
berkenaan pada kira-kira 5 petang dan sebaik tiba di lokasi mendapati seorang
lelaki telah meninggal dunia.

“Polis turut menemukan sebuah motosikal serta sebilah parang dengan kesan
darah berdekatan dengan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harrith Kam berkata berdasarkan keterangan saksi, mangsa yang menunggang
motosikal bersama seorang rakan telah dilanggar oleh sebuah lori sebelum
pemandunya melarikan diri.

Menurut Harrith Kam berdasarkan siasatan awal adalah dipercayai mangsa
sengaja dilanggar oleh pemandu lori itu kerana dendam selepas bergaduh dengan
seorang anggota keluarganya.

Beliau berkata pemandu lori itu berjaya ditangkap di Hospital Taiping pada 8
malam tadi. Turut ditangkap pembonceng motosikal serta seorang lelaki yang
bergaduh dengan mangsa. — BERNAMA

Tags: kemalangankemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd