Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Bayi Berkepala Dua Dilahirkan...

KELAHIRAN bayi dengan dua kepala jarang berlaku namun baru-baru ini kecoh di media sosial...

Wow! Ini Sebabnya Tuan...

RUPANYA terhasut ghairah mahu menyertai Kem Tun M dalam pakatan politik untuk menjatuhkan BN...

Jaclyn Victor, Shawn Bakal...

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada juara bintang realiti Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor...

Shahrom Berjaya Tamatkan Misi...

PENJELAJAH negara ke Kutub Selatan, Shahrom Abdullah berjaya melengkapkan misi Ekspedisi KE7B Rentas...

Kes Denggi Di Kelantan Meningkat Lebih 48%

KOTA BAHARU – Sejumlah 834 kes denggi direkodkan sejak 1 Jan sehingga semalam, peningkatan sebanyak 48.4 peratus atau 272 kes berbanding 562 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata daripada jumlah itu, jajahan Kota Baharu mencatat jumlah tertinggi iaitu 558 kes.

“Bagi jajahan Kota Baharu, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 148 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, manakala 48 lokaliti wabak turut dikesan di jajahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gotong-Royong Perdana Jajahan Kota Baharu di Sungai Keladi di sini, yang dirasmikan Exco Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Dr Ramli Mamat.

Gotong-royong itu disertai kira-kira 750 peserta yang terdiri daripada penjawat awam dan swasta serta NGO.

Sementara itu, Dr Ahmad Razin berkata kaedah pelaksanaan pengawalan denggi menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dijalankan berjaya mengurangkan kes berkaitan denggi di negeri itu.


“Pada 2014 sebanyak 14,311 kes denggi direkodkan di Kelantan iaitu yang kedua tertinggi selepas Selangor.

“Namun di bawah program NBOS bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kelantan dan anggota tentera dari 8 Briged Infantri, hanya 2,580 kes dicatat pada 2015.

“Kaedah pelaksanaan kawalan denggi yang kita lakukan telah menjadi contoh kepada negeri lain dan telah memberikan satu hikmah di mana semua agensi yang terlibat telah berkolaborasi dengan baik bersama masyarakat sehingga sekarang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori