• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes ‘Babun’ Bunuh, Rogol Disebut Semula 19 Mei

oleh Ahmad Albab
20/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kes pengawal keselamatan yang didakwa membunuh dan merogol seorang pelajar perempuan tingkatan lima di Mahkamah Majistret di sini disebut semula pada 19 Mei depan.

Majistret Nur Azzuin Abdul Moati menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya masih menunggu izin untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 6 Nov tahun lalu, tertuduh Tarmizi Yaakob, 20, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh gadis itu yang juga kekasihnya di Teluk Kumbar dekat sini antara pukul 7.30 pagi dan 7.30 malam, 25 Okt tahun lepas.

Dia yang juga dikenali dengan panggilan ‘Babun’, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada 16 Feb lepas pula Tarmizi turut didakwa merogol kekasihnya itu di tempat dan tarikh sama pada pukul 7.30 pagi mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen di sini Tarmizi turut menghadapi satu lagi pertuduhan merogol seorang kerani.

Pada 17 Feb lepas, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol gadis berusia 21 tahun itu dengan cara mengacukan pisau serta mengugut untuk membunuh mangsa.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Teluk Kumbar dekat sini antara pukul 4.30 hingga 5.30 pagi pada 8 Okt 2015 mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Pada prosiding hari ini Hakim Helmi Ghani menetapkan 19 Mei ini untuk pengurusan kes tersebut.

Bagi kedua-dua kes rogol yang dihadapi Tarmizi, tertuduh diwakili peguam Sukhindarpal Singh. – BERNAMA

Tags: kes bunuhkes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd