Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Badan Putus 4 Digilis...

MAYAT seorang pengawal keselamatan ditemui putus empat selepas dipercayai digilis kereta api di...

1MDB: Arul Beri Keterangan,...

KUALA LUMPUR - Kakitangan Parlimen tidak membenarkan petugas media memasuki perkarangan bangunan itu...

8 Peratus Populasi Malaysia...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,618,316 orang atau lapan peratus daripada populasi Malaysia sudah...

Keganasan Di Paris Tak...

BUKIT MERTAJAM - Keganasan yang berlaku di Paris, Perancis tidak boleh dikaitkan dengan...

Kerajaan Tidak Akan Naikkan Kadar GST – PM Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Perdana menteri berkata kadar enam peratus pada masa ini akan dikekalkan.

“Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya ulangi jaminan bahawa langsung tidak ada perancangan untuk mengubah kadar GST pada masa ini dan ia akan dikekalkan,” katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau hari ini.

Najib yang beberapa hari berada di Sarawak untuk kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak berkata beliau mendengar khabar angin mengenai kenaikan kadar GST dan meminta rakyat tidak terpengaruh dengan pembohongan pihak pembangkang.


“Saya nasihatkan rakyat Sarawak janganlah terperangkap dengan fitnah dan pembohongan oleh pembangkang yang sudah hilang modal politik,” katanya.

Najib berkata kerajaan BN sentiasa ikhlas meningkatkan taraf kehidupan Sarawak dan ia jelas terbukti menerusi komitmen kerajaan dalam projek pembangunan seperti Lebuhraya Pan Borneo yang tidak dikenakan tol. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori