• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen ‘War On Dengue’ Beri Didikan Basmi Pembiakan Nyamuk Aedes

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 2,000 penduduk Flat Seri Penara, Cheras hari ini diberi pendedahan dan didikan mengenai cara membasmi pembiakan nyamuk aedes dalam satu kempen yang dinamakan ‘War On Dengue: Cleaning Up. Saving Life’.

Kempen anjuran iM4U dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan SWCorp itu bertujuan mencegah berlakunya kes demam denggi yang kini mencatatkan peningkatan.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Cheras, Datin Dr Noriah Hajib berkata sebanyak 22 kes demam denggi dicatatkan di kawasan Flat Seri Penara setakat Mac tahun ini berbanding dengan hanya dua kes pada 2015.

“Kenaikan kes demam denggi secara mendadak itu menunjukkan ada kawasan di sekitar flat yang menakung air hingga menyebabkan nyamuk aedes dapat membiak,” katanya kepada pemberita Sabtu.

Katanya melalui kempen itu, kira-kira 70 sukarelawan iM4U dari Unit Kokurikulum Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pegawai-pegawai kesihatan melawat dari rumah ke rumah di setiap blok bagi mengedarkan kit membunuh jentik-jentik.

“Selain itu, kami juga akan menerangkan tips tentang pembasmian nyamuk aedes di sekitar kawasan rumah mereka dan mengedarkan pamplet (risalah) mengenai demam denggi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif iM4U Rudy Malik berkata pihaknya akan menjalankan ‘road tour’ pembasmian denggi melalui kempen ini di seluruh negara bermula hari ini bagi membantu kerajaan dan pihak berkuasa menurunkan kes demam denggi.

Katanya sebanyak 16 kawasan wabak demam denggi telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan setakat Mac lepas.

“Antaranya Seksyen 20, Shah Alam, Selangor; Taman Selasih, Kulim, Kedah; Kampung Baru Bercham, Ipoh, Perak; Kampung Repek, Kelantan dan Kampung Tanjung Bako, Sarawak,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Flat Sri Penara Mohd Supian Abdul Rahman berkata kesedaran tentang pembasmian tempat pembiakan nyamuk aedes dalam kalangan penduduk masih kurang.

“Kadang kala mereka beranggapan tempat itu sudah bersih, namun ia tidak semestinya tidak akan membiakkan nyamuk. Oleh itu penjagaan kebersihan serta penghapusan kawasan pembiakan itu penting bagi mengurangkan kes demam denggi dalam kalangan penduduk,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggikempen
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd