Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Peniaga Simpan 3,000kg Gas...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Tiga Pakej Lebuhraya Pan...

PAPAR - Tiga daripada 35 pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB)...

T’ganu Bakal Buka Hab...

KUALA TERENGGANU - Terengganu akan menjadi negeri pertama di negara ini yang akan...

Calon BN Di PRN...

PUTRAJAYA - Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Kedekut Bayar Veterinar, Arnab Sakit Tenat Kena Buang

DASAR Bakhil bin Kedekut… gara-gara enggan mengeluarkan sejumlah wang, seorang pemilik arnab sanggup membiarkan haiwan peliharaannya itu dalam keadaan sakit tanpa sebarang rawatan.

Individu tersebut kemudiannya meninggalkan arnab malang itu dalam sebuah bakul rotan yang diletakkan di hadapan sebuah pusat haiwan yang terletak di Coventry, United Kingdom.

bakul

Berdasarkan rakaman CCTV, ketika meninggalkan bakul tersebut pemilik arnab itu menaiki kereta berwarna kelabu.

Arnab berwarna putih itu kemudian dijumpai oleh seorang kakitangan pusat haiwan berkenaan.

Ketika ditemui keadaan arnab itu sangat teruk kerana bulunya dipenuhi dengan najis dan kesan lebam. Lebih tragis, kaki arnab itu telah lumpuh.


“Arnab ini jelas dilayan dengan buruk. Sepatutnya dari dahulu arnab ini dibawa kepada doktor haiwan,” kata penolong pengurus pusat haiwan itu, Lorraine Bryan-Arnold.

Doktor haiwan dikatakan terpaksa memberi ubat tidur kepada arnab berkenaan gara-gara keadaannya yang kritikal ketika ditemui.

Susulan itu, pemilik arnab tersebut kini sedang diburu. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • arnab

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori