Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pendapatan Bersih LTAT Merosot...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mencatatkan pendapatan bersih belum diaudit...

KDN Tingkat Saringan Pemegang...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan lebih berwaspada dalam mengeluarkan kad...

Lebih 30 Maut, Banjir...

CASTELDACCIA - Banjir besar dan ribut kencang yang melanda Itali sejak seminggu lalu...

Wanita Sewel Sanggup Bogel...

MELBOURNE - Sewel dan menjijikkan....itu gelaran yang diberikan oleh orang ramai terhadap seorang...

Kabinet Negeri Setuju Kurangkan Bayaran Cukai Pintu

KOTA SAMARAHAN – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata kabinet negeri bersetuju untuk menurunkan kadar bayaran cukai pintu di negeri ini.

Beliau berkata persetujuan itu dicapai pada mesyuarat kabinet 31 Mac lalu.

Adenan berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Asajaya, Muara Tuang dan Stakan di Dewan Suarah Kota Samarahan hari ini.

Bagaimanapun, Adenan tidak memperincikan bagaimana pengurangan itu akan dilakukan dan bila ia akan mula dilaksanakan.

Terdahulu, dalam ucapan pada majlis pelancaran itu, Adenan berkata dalam tempoh dua tahun menjadi Ketua Menteri, terdapat 50 perkara yang telah dilaksanakannya, termasuk penghapusan tol dan pengurangan tarif elektrik.


Justeru itu, beliau mahu rakyat memberi mandat kepada kerajaan negeri yang ditadbirnya pada pilihan raya negeri ke-11 untuk membawa suara rakyat Sarawak ke peringkat persekutuan.

“Kalau dapat mandat kuat, saya boleh membawa suara rakyat Sarawak berhadapan dengan kerajaan persekutuan meminta hak-hak negeri ini dikembalikan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori