• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Terima Anugerah Khas 100PLUS 2015

oleh Ahmad Albab
10/04/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima Anugerah Khas 100PLUS 2015 kerana muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) pada tahun lalu.

Anugerah berprestij kewartawanan sukan itu yang akan dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan diadakan pada 13 April ini.

“Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) mengiktiraf perjuangan dan kejayaan JDT dalam kempen Piala AFC tahun lalu.

“Mereka telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam arena sukan sekiranya semua yang terlibat memegang visi yang sama,” kata Naib Presiden merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola Anugerah SAM-100PLUS 2015, Norismadi Abdul Manap dalam satu kenyataan media hari ini.

Jaringan tunggal pemain tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22 sudah cukup bagi skuad Harimau Selatan menundukkan juara bertahan Liga Tajikistan, Istiklol FC pada aksi final di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan yang berlangsung pada 31 Oktober 2015. – mynewshub.cc

Anugerah Khas 100PLUS mula diperkenalkan dalam Anugerah SAM-100PLUS pada 2011.

Senarai penerima Anugerah Khas 100PLUS terdahulu adalaj seperti berikut:

2011 – Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 tahun – Piala AFF-Suzuki 2010

2012 – Skuad bola sepak Skuad Harimau Muda – Sukan SEA 2011

2013 – Mohd Zulfahmi Khairuddin – Kejohanan Moto3 Dunia 2012

2014 – Skuad hoki remaja – Kejohanan Piala Dunia Remaja 2013

2015 – Pasukan skuasy wanita – Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2014

Tags: AnugerahJDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Kongsi ‘Wall of Champions’ Tarik Perhatian Netizen

Tunku Mahkota Ismail Kongsi ‘Wall of Champions’ Tarik Perhatian Netizen

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Perkongsian carta “Wall of Champions” Juara Piala AFC oleh Tunku Mahkota Ismail menarik perhatian penyokong bola sepak...

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

14/05/2026
0

TAK usah seronok sangat JDT tak mara ke final Shopee Cup. Macamlah pasukan masing-masing baru angkat treble Eropah. Seolah-olah Harimau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd