• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Lakukan Pembakaran Terbuka – Musa

oleh Ahmad Albab
05/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelak impak keadaan jerebu serta fenomena El Nino sekarang menjadi bertambah buruk.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebaliknya meminta semua lapisan rakyat bersama-sama dengan agensi kerajaan bagi mengurangkan impak musim panas dan kering yang kini melanda negara.

“Semalam saya telah berjumpa dengan pengarah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dan meminta mereka bersama-sama tangani masalah ini.

“Yang penting orang ramai mesti bertanggungjawab. Jangan adakan pembakaran terbuka kerana ini boleh mengundang bahaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sabah Road Day 2016 di sini Selasa.

Musa berkata beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negeri bagi mengarahkan semua pegawai daerah selaku pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam di peringkat daerah agar sentiasa memantau dan bertindak menangani sebarang masalah yang timbul berikutan fenomena ini.

Katanya fenomena El Nino adalah di luar kawalan manusia namun masyarakat keseluruhannya perlu sentiasa berjaga-jaga dan berusaha bagaimana untuk menangani masalah yang berlaku.

Mengenai impak jerebu kepada pelajar, Musa berkata agensi kerajaan berkaitan telah mengambil langkah mengarahkan sekolah ditutup apabila keadaan jerebu mencapai tahap tidak sihat bagi menjaga kesihatan pelajar dan rakyat keseluruhannya. – BERNAMA

Tags: kebakaranMusa Aman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd