• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tanah PERDA: Exco Kerajaan P.Pinang Buat Laporan SPRM

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini berhubung isu penjualan tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di Kampung Tok Keramat, Seberang Perai Selatan pada harga di bawah pasaran.

Dr Afif Bahardin berkata beliau membuat laporan itu selepas mendapat persetujuan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam.

“Saya menamakan Datuk Shabudin Yahaya selaku Pengerusi PERDA dan merangkap Anggota Parlimen Tasek Gelugor sebagai individu yang bertanggungjawab dalam mengakibatkan penjualan tanah milik PERDA ini di bawah harga penilaian pasaran.

“Kami percaya berlaku unsur pecah amanah dan salah laku untuk sebuah agensi seperti PERDA yang telah dipergunakan untuk menjual aset kepentingan rakyat di bawah nilai pasaran,” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan itu.

Pada sidang akhbar 1 April lepas, Shabudin berkata PERDA menjual tanah itu pada harga RM1.42 juta dengan meletakkan syarat kepada pemaju membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga antara RM42,000 dan RM72,000.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini berkata mengikut penilaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), nilai keseluruhan tanah seluas 3.4 hektar itu adalah RM16.6 juta.

Dr Afif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya turut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk campur tangan dalam isu itu kerana PERDA merupakan agensi di bawah kerajaan persekutuan, yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan turut mengemukakan laporan lain berhubung isu itu, Dr Afif berkata satu laporan sudah mencukupi.

“Saya ingat SPRM cukup profesional. Kita lihat bagaimana siasatan SPRM tentang 1MDB cukup menyeluruh … saya percaya dengan integriti SPRM untuk menyiasat perkara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis menyarankan Penasihat DAP, Lim Guan Eng mewujudkan...

Program Jualan Daging Babi Besar-Besaran Di Tempat Awam Bukti Butterworth Hidup Penuh Maruah – Guan Eng

Program Jualan Daging Babi Besar-Besaran Di Tempat Awam Bukti Butterworth Hidup Penuh Maruah – Guan Eng

15/06/2026
0

BUTTERWORTH – “Tempat lain mungkin tidak mahu, tidak boleh atau tidak berani menganjurkan promosi besar-besaran daging babi, tetapi Butterworth berani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd