• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Peserta JCM `Bash’ Netizen – KJ Ucap Terima Kasih

oleh Ahmad Albab
15/04/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu kepada kanak-kanak yang memenangi hadiah antara RM10 hingga RM20 dalam program Junior Cycling Malaysia (JCM) baru-baru ini tampil mempertahankan agenda penganjuran program itu bukan kerana duit tetapi demi memajukan sukan berbasikal.

Wanita berkenaan dalam akaun Facebooknya, Azizah Yahya menyatakan rasa terkilan segelintir masyarakat yang melemparkan pelbagai kutukan dan kritikan di media sosial berikutan nilai hadiah yang diterima oleh anaknya dalam program tersebut.

“Ya. Itu adalah anak kami Aiman dan Airil. Semalam kecoh satu Malaysia pasal hadiah wang tu. Macam-macam komen. `Chill’ lah. JCM ni untuk cari pengayuh basikal cilik sebagai pelapis negara sebab persatuan sedia ada macam kau orang sahaja peranan diaorang. Lupa dah objektif persatuan.

“Sebagai ibu bapa yang penting adalah pendedahan yang berharga bukan faedah kewangan. Mereka telah menyertai pertandingan dan menang. Mereka hanya mahu berada di podium dan itu adalah kebahagiaan mereka. Dapat sijil dan piala. Duit itu tokenlah kalau dapat,” katanya semalam.

Kenyataan beliau itu dikongsi oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman Facebooknya sambil menyatakan penghargaan di atas komen positif ibu bapa peserta ke atas program berkenaan.

Katanya: “Terima kasih Rosida dan Azizah. Amat menghargai komen anda sebagai ibu bapa yang di JCM pertama. Komen ada sangat bermakna kepada saya dan beri semangat kepada saya untuk meneruskan pencarian bakat. Anda punyai sikap yang hebat sebagai ibu bapa dan saya mendoakan kejayaan anak anda dalam sukan berbasikal”

Media pada 13 April lalu melaporkan niat baik Kementerian Belia dan Sukan untuk memajukan sukan berbasikal mendapat kecaman ramai susulan hadiah dua daripada acaranya baru-baru ini terlalu rendah, hanya antara RM10 hingga RM30.

Foto-foto acara penyampaian hadiah acara bawah 9 dan 11 tahun yang disempurnakan oleh Khairy Jamaluddin mendapat kritikan dan sindiran pengguna Internet terutama pemimpin parti pembangkang. – mynewshub.cc

Baca: Bukan Kerana Habuan Wang – Khairy Jamaluddin

Juga: Hadiah Ciput, Junior Cycling Malaysia Kena Bahan

Tags: Khairy JamaluddinNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd