• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Chuping Di Perlis Catat Suhu Melebihi 37 Darjah Celsius

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya Stesen Meteorologi Chuping di Perlis yang mencatatkan bacaan suhu melebihi 37 darjah Celsius pada Jumaat berikutan cuaca panas akibat fenomena El Nino ketika ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu kenyataan berkata sehingga jam 4 petang tadi, Stesen Meteorologi Chuping di Perlis itu mencatatkan bacaan suhu 37.2 darjah Celsius.

Beliau berkata tiga kawasan mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi 10 hari sehingga semalam ialah masing-masing 19 hari di Kota Baharu dan Machang, Kelantan serta 11 hari di Kudat, Sabah.

“Klang dan Kuala Selangor, Selangor; Kota Tinggi, Johor; Rompin, Pahang serta Kota Kinabalu, Sabah mencatatkan bilangan hari tanpa hujan selama tujuh hingga sembilan hari,” katanya.

Madius berkata operasi pembenihan awan hari ini juga diadakan di beberapa kawasan.

“Operasi tersebut berjaya menghasilkan hujan di kawasan tadahan Bukit Larut, Perak; empangan Bukit Merah dan Air Kuning, Perak; empangan Sepri, Negeri Sembilan dan empangan Durian Tunggal, Melaka,” katanya. – BERNAMA

Tags: cuaca panasPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd