• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafidz Roshdi Bengang Dengan Tindakan Uqasha Mengata Tunang

oleh AK-47
14/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERANG dingin yang melanda pasangan hero dan heroin drama bersiri Tundukkan Playboy Itu menjadi topik hangat industri hiburan sejak dua tiga hari ini.

Semuanya bermula apabila Uqasha Senrose menaikkan status di Twitter ‘menghentam’ tunang Hafidz Roshdi yang disifatkannya ‘cemburu buta’ melihat kemesraannya dengan Hafidz dalam drama tersebut.

Uqasha Senrose Sifatkan Kenyataan Hafidz Roshdi Biadap

Susulan itu, Hafidz turut membalas tuduhan tersebut yang dirasakan seperti mengata teman istimewanya itu.

Untuk makluman semua, Hafidz baharu sahaja bertunang baru-baru ini dengan tunangnya yang merupakan seorang pelajar di sebuah institut pengajian tinggi.

Mengulas mengenai perbalahan itu, Hafidz berkata: “Saya bengang kerana beliau mengata tunang saya secara umum dan bagi saya, ia tidak patut berlaku. Saya sudah pun menghubunginya berhubung perkar itu.

“Apapun saya dan tunang masih baik dan isu yang dibangkitkan Uqasha tidak menjejaskan perhubungan kami.

“Apabila saya berkongsi mengenai kisah tunang cemburu, bukan bermakna perasaan itu dibawa sehingga menjadi pergaduhan. Ia sekadar cemburu biasa.

“Semua pasangan akan merasainya. Tetapi lain pula yang terjadi apabila beliau memuat naik status seperti itu,” katanya kepada BH Online.

Melalui artikel itu juga, Hafidz tidak pasti sama ada dia beliau sedia berlakon bersama Uqasha sekiranya ditawarkan pihak produksi pada masa hadapan.

“Jangan tanya saya nak berlakon lagi dengan dia atau tidak buat masa sekarang ini please. Hahaha..,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd