• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Pendidikan Jasmani Diperintah Bela Diri Pertuduhan Rogol Murid

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah rendah di Lembah Klang diperintah membela diri terhadap dua pertuduhan merogol seorang anak muridnya oleh Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.

Hakim Tasnim Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 37, pada akhir kes pendakwaan.

Penghakimannya dibacakan Hakim Zarifah Zainal Abidin.

Tasnim dalam keputusannya berkata mahkamah mendapati keterangan bersumpah mangsa yang dirogol ketika berusia di bawah 16 tahun itu dilihat boleh dipercayai dan menyakinkan.

Beliau berkata berdasarkan keterangan mangsa dan laporan perubatan, mahkamah mendapati berlaku perbuatan rogol itu.

Mahkamah menetapkan 26 Mei untuk guru itu membela diri.

Pada 9 Jun 2014, Mohd Ezlie Azram yang juga merupakan seorang guru silat mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan merogol seorang anak muridnya yang ketika itu berusia 11 tahun, pada 2011 dan sekali lagi sewaktu mangsa berusia 13 tahun, pada 2013.

Dia yang diwakili peguam Dony Abdullah dan Farhan Read, didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Batu Caves di sini antara pukul 1 tengah hari dan 3 petang, 3 Dis 2011 sebelum mengulanginya pada pertengahan Ogos 2013.

Duda dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya S Arunjothy telah memanggil lima saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes itu.

Di luar mahkamah, Dony memberitahu pemberita, pihak pembelaan akan memanggil tiga hingga empat saksi pada prosiding membela diri itu. – BERNAMA

Tags: Gurukes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd