• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi: 11 Pelajar Malaysia Selamat Tiba Di Fukuoka

oleh Ahmad Albab
17/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 dari kesemua 18 pelajar Malaysia di daerah Kumamoto, Jepun yang dilanda gempa bumi pada Khamis lepas telah dipindahkan dan selamat tiba di Fukuoka, menurut kenyataan Wisma Putra.

Baki tujuh lagi pelajar masih berada di pusat evakuasi masing-masing dan sedang menunggu arahan seterusnya daripada pihak berkuasa, menurut kenyataan itu.

“Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi dan akan memaklumkan perkembangan kejadian ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Susulan insiden gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter yang melanda Kumamoto pada Khamis lepas, satu lagi gempa yang lebih kuat berukuran 7.3 skala Richter dilaporkan melanda daerah sama semalam pada kira-kira 1.25 pagi waktu tempatan.

Gempa bumi pertama dilaporkan telah mengakibatkan sembilan nyawa terkorban, manakala gempa kedua telah meragut 23 nyawa, menjadikan jumlah korban setakat ini sebanyak 32 orang.

Sebanyak 70,000 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat evakuasi atas arahan pihak berkuasa, manakala sebanyak 200,000 buah rumah telah terputus bekalan elektrik.

Kerajaan Jepun telah mengumumkan akan menghantar sebanyak 20,000 anggota pasukan pertahanan diri serta 5,500 anggota polis, anggota bomba dan penyelamat ke daerah Kumamoto pada hari ini (17 April) bagi membantu mangsa gempa bumi itu. – BERNAMA

Tags: gempa bumijepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Racing Team Kuasai ARRC 2026

JDT Racing Team Kuasai ARRC 2026

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelumba negara dari pasukan JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, terus melakar kejayaan dalam Kejuaraan Motosikal Asia...

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

09/06/2026
0

TOKYO – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau melakukan lawatan rasmi ke Jepun sehingga Rabu ini dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd