• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Tolak Debat, Mahu Bincang Secara Tertutup

oleh Ahmad Albab
14/04/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menolak perdebatan terbuka dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebaliknya bersedia mengadakan perbincangan secara tertutup.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya tidak bersetuju berbahas secara terbuka dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berhubung prestasi buruk skuad kebangsaan ketika ini.

“Secara peribadi, saya tidak pandai berdebat… saya rasa pandangan TMJ disalah tafsir. Beliau inginkan satu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian membantu pasukan kebangsaan mencapai kejayaan.

“FAM daripada dulu lagi terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak.

“Tetapi saya tidak bersetuju mengadakan debat secara terbuka di televisyen, kerana perbincangan ini perlu mengikut mekanisme yang betul untuk mencapai kejayaan,” katanya pada sidang media bulanan FAM di Wisma FAM di sini, hari ini.

Sidang media bulanan FAM itu merupakan kali pertama diadakan, sebagai saluran bagi menjelas dan menerangkan mengenai program latihan serta perlawanan diatur untuk skuad kebangsaan.

Selasa lepas, Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers, dilaporkan mahu berdebat dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan wakil FAM bagi mencari punca serta juga penyelesaian kepada kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaysia.

Pada masa sama, beliau mahu perdebatan itu melibatkan penyokong yang dibenarkan menyuarakan pendapat masing-masing serta menanyakan soalan dan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen berbayar, Astro.

Ia susulan kenyataan Khairy sebelum ini yang mendakwa pemain bola sepak tempatan kurang berkualiti selepas ranking Malaysia jatuh ke tangga ke-174 dunia, kedudukan paling rendah bagi skuad negara sejak sistem ranking baharu FIFA diperkenalkan pada Dis 1992.

Semalam, Khairy menjadi pihak kedua menyahut cabaran Tunku Ismail selepas Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan yang bersedia untuk perbahasan itu.

Sementara itu, jurulatih pasukan kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee turut berpendirian sama dengan Hamidin untuk mengadakan perbincangan secara tertutup.

“Ini bukan masa mencari kesalahan. Apa yang penting ialah input diperoleh daripada perbincangan itu dan semua harus bekerjasama untuk bangunkan tahap bola sepak kita,” katanya yang bersetuju dengan pandangan TMJ, iaitu memberi fokus kepada pembangunan di peringkat akar umbi. – BERNAMA

Tags: debatFAMTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd