• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fail Lama Di IPD Kuala Terengganu Terbakar

oleh Ahmad Albab
26/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebuah bilik yang menempatkan fail dan dokumen lama di Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu terbakar malam tadi.

Kejadian pukul 10.15 malam itu memusnahkan hampir 80 peratus bilik tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata kejadian disedari beberapa pegawai dan anggota yang sedang bertugas selepas mereka terhidu bau asap yang turut diikuti lampu di blok berkenaan terpadam.

“Bilik berkenaan sentiasa digunakan oleh anggota cawangan tersebut. Kebakaran dapat dikawal dengan pantas daripada merebak ke stor simpanan senjata yang terletak berhampiran bilik berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata berikutan bekalan elektrik terputus, pihaknya turut memindahkan 58 Orang Kena Tuduh (OKT) termasuk tiga tahanan wanita ke Balai Polis Gong Badak.

Bilik yang terbakar itu terletak kira-kira 30 meter daripada lokap IPD tersebut.

Idris berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas.

Sementara itu Komanden Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Izwan Hashim berkata apabila pihaknya tiba, api sedang marak di bilik berkenaan yang terletak di tingkat bawah daripada bangunan dua tingkat.

Punca kejadian dan masih disiasat, katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd