Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

31,490 Kes Covid-19 Dengan...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan 31,490 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di...

Kerajaan Cadang Jawatan Mufti...

KUALA LUMPUR – Kerajaan mencadangkan jawatan mufti dinaik taraf setara dengan jawatan Exco...

Penyokong Bola Sepak Dipenjara...

LONDON - Seorang penyokong sebuah kelab bola sepak di sini dijatuhi hukuman penjara...

Kerajaaan Tidak Cadang Tukar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengekalkan nama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)...

El Nino: Ular Pun Cari Tempat Sejuk – JPAM

KUANTAN – Sebanyak 618 kes tangkapan ular direkod Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di seluruh negeri ini sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Pengarah JPAM Pahang, Zainal Yusoff.

Beliau berkata tangkapan dibuat berdasarkan laporan orang ramai mengenai gangguan reptilia berkenaan yang berdarah sejuk.

“Kebanyakan kes membabitkan ular ditemui di dalam kediaman dan kenderaan, yang kemungkinan ular-ular ini mencari tempat sejuk untuk berlindung.

“Faktor cuaca panas juga mungkin antara penyebab ular lebih gemar masuk ke tempat lebih sejuk seperti kediaman,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata jumlah kes tertinggi direkod di Kuantan iaitu sebanyak 163 kes, Temerloh (96), Pekan dan Maran masing-masing (67), Jerantut (57), Raub (50), Bentong (46), Lipis (36), Rompin (21) dan Bera (15).


Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Wan Mohd Nazlis Wan Ismail berkata pihaknya merekod 92 kes tangkapan ular di seluruh negeri sehingga hari ini tahun ini.

“Ia membabitkan 16 kes sepanjang Januari, Februari dan Mac masing-masing 25 kes manakala bagi April sehingga hari ini sebanyak 26 kes,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori