• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beradik Rentung Dalam Bilik Tidur Di Ijok

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua beradik ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Batu 4, Kampung Batu 4, Ijok awal pagi tadi.

Mereka dikenali sebagai Muhammad Darnish Irfan Muhd Azmi, 15, dan adiknya Muhammad Darnish Israk Muhd Azmi, 14, yang mayat kedua-duanya ditemui dalam bilik tidur yang sama di rumah itu.

“Ada dua lagi individu dalam rumah ketika itu iaitu ibu dan nenek dua beradik berkenaan yang dipercayai tidur dalam bilik berasingan.

“Bagaimanapun mereka sempat menyelamatkan diri,” kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohd Sani Harul.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 4.20 pagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Roslan Abdullah berkata berdasarkan laporan awal, api dipercayai bermula dari sebuah bilik tengah di rumah berkenaan yang kemudian merebak dengan cepat.

Beliau berkata ibu mangsa, Zuriyana Marjunit, 40, telah menjerit kepada anak-anaknya supaya keluar daripada rumah yang sedang terbakar itu, namun kedua-duanya dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri.

“Rumah berkenaan dihuni lima individu termasuk pak cik kepada adik-beradik berkenaan yang tiada di rumah ketika kejadian.

“Nenek mangsa pula Sainah Saidi, 70, sempat menyelamatkan diri ketika api sedang marak,” katanya.

Menurut Roslan, punca awal kebakaran dipercayai akibat litar pintas.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kebakaranrentung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd