• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

El Nino: Pemuda Umno Adakan Mesyuarat Di Sungai Ketil

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Tidak seperti kelaziman, Pemuda UMNO Cawangan Bongor Batu 48 mencipta sejarah apabila memilih Sungai Ketil di sini sebagai lokasi mesyuarat agungnya pada Jumaat.

Ini bagi mendapatkan rasa dingin semula jadi daripada kesejukan aliran sungai dan pokok-pokok di sekitarnya, berikutan bahang fenomena El Nino yang melanda negara sekarang.

Cuaca panas dan kering El Nino, yang menyebabkan suhu melebihi 37 darjah Celsius di Kedah, membuatkan ada anggota pergerakan itu menyarankan supaya mesyuarat tersebut dilakukan di sungai itu demi keselesaan mereka.

Selain itu, mereka turut mahukan kelainan dalam mengadakan mesyuarat agung kali ini, kata Ketua Pemudanya, Mohd. Noor Amin selepas merasmikan mesyuarat berkenaan.

“Lagi pun, paras air Sungai Ketil ketika ini masih lagi cetek dan selamat… akhirnya, kami selamat mengadakan mesyuarat dalam sungai ini,” katanya.

sungai

Dengan meletakkan tiga buah meja dan berpuluh-puluh buah kerusi di dalam sungai itu yang paras airnya setakat buku lali, mesyuarat yang dihadiri 70 anggota pergerakan itu berlangsung dengan lancar.

Para penduduk Kampung Bongor juga tertarik dengan senario mesyuarat Pemuda UMNO itu di Sungai Ketil kerana belum pernah dilakukan sebelum ini.

Pada Khamis, semua sekolah di Kedah selain negeri jirannya Perlis, diarahkan tutup buat kali kedua dalam tempoh dua minggu ekoran cuaca panas melampau.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu diambil setelah kementerian mendapati suhu di Kedah melebihi 37 darjah Celsius lebih daripada 72 jam akibat cuaca panas dan kering El Nino. – BERNAMA

Tags: cuaca panasUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd