• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Parti Opportunis Mahu Penuhi Agenda! – PAS Sarawak

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Sarawak mengingatkan seluruh ahli dan penyokongnya di Sarawak bahawa DAP adalah sebuah parti yang sangat tidak setiakawan dan hanya mementingkan diri.

Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili berkata, DAP adalah sebuah parti opportunis yang hanya akan berkawan dengan parti PAS jika boleh menguntungkan agenda mereka.

Tanpa menyebut tentang agenda yang dimaksudkan, Muhtar menyorot sejarah tindakan DAP keluar Barisan Alternatif (BA) dengan alasan PAS ingin melaksanakan Negara Islam menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) pada tahun 2001.

Menurutnya, DAP sebenarnya membuat keputusan itu kerana berasakan PAS tidak menguntungkan mereka dalam PRN Sarawak pada ketika itu.

“Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU) Ke-12 pada tahun 2008 di mana pembangkang berjaya 82 daripada 222 kerusi dalam Parlimen Malaysia, DAP kembali bergabung dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) lalu tertubuhlah Pakatan Rakyat (PR).

“Pada tahun 2014 iaitu di kala terdapat ura-ura PRN Sarawak seakan-akan akan diadakan awal, sejarah 2001 berulang lagi! DAP Sarawak yang melihat PAS tidak menguntungkan mereka dalam PRN Sarawak sekali lagi pada 18 Oktober 2014 membuat keputusan songsang dengan menghentikan semua komunikasi dengan PAS tetapi terus berada dalam PR,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhtar berkata, Majlis Syura Ulama (MSU) pada 11 Julai 2015 bagaimanapun membuat keputusan memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP kerana DAP cuba campur tangan dalam aspek aqidah, dasar dan matlamat PAS.

Justeru, beliau mengingatkan parti PKR bahawa DAP sebenarnya sedang bernafsu besar untuk meneruskan agenda parti itu dengan dengan bertanding di 15 kerusi tambahan PRN Sarawak yang majoritinya adalah kerusi Dayak sedangkan kebanyakannya ditandingi oleh PKR sebelum ini.

“Sehingga tulisan ini ditulis PKR yang ingin bertanding sekurang-kurangnya 40 kerusi dan DAP masih gagal menyelesaikan beberapa pertindihan kerusi DUN menjelang PRN Ke-11 yang akan datang,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd