Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

DUN Sarawak Bubar 11...

KUCHING - Ketua Menteri Tan Sri Dr. Adenan Satem pada Khamis mengumumkan Dewan Undangan...

GST Mungkin Tidak Naikkan...

KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan kadar inflasi tidak meningkat apabila Cukai Barang dan...

Ibu 3 Anak Didakwa...

PETALING JAYA - Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib seorang ibu tiga anak...

Bayi Semakin Mengecut Akibat...

China – Setiap ibu bapa mengharapkan agar anak-anak mereka akan membesar dengan sihat...

Cuaca Panas, Nestle’ Perkenal Aiskrim Rasa Kopi Yang Memikat!

DALAM fenomena cuaca panas yang kini melanda Malaysia, paling syok dan ‘layan’ kalau dapat menikmati makanan sejuk beku seperti aiskrim.

Bagi pengemar kopi pula, ini mungkin berita gembira untuk anda kerana jenama aiskrim popular, Nestle’ telah memperkenalkan aiskrim baharu berperisa kopi iaitu, Nestle’ DRUMSTICK Caffe’ de Caramel!

IMG_5220

IMG_5229

Rasa kopi yang diperbuat daripada biji kopi Robusta dan Arabika yang dilimpahi dengan sos karamel pastinya membuatkan sesiapa sahaja yang menikmatinya jatuh cinta.

Ditambah pula dengan kacang badam panggang dari California dan putaran sos coklat di dalamnya menjadikan aiskrim ini cukup mempersonakan.

Berbeza dengan aiskrim keluaran Nestle’ yang lain, aiskrim Caffe’ de Caramel ini disifatkan cukup istimewa kerana disajikan khas dengan kon berwarna coklat yang lebih ranggup.

Pendek kata, rasanya tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit membuatkan pengemar aiskrim berpuas hati hingga ke gigitan terakhir.

Menurut Pengurus Eksekutif Bahagian Perniagaan Aiskrim, Yit Woon Lai, idea untuk mencipta aiskrim berperisa kopi datang daripada rakyat Malaysia sendiri yang gilakan makanan berasaskan kopi.

“Rakyat Malaysia sememangnya amat menggemari kopi dan kami di Nestle’ Ice Cream begitu teruja memperkenalkan kepada penggemar aiskrim rasa baru yang dipanggang, dibru dan dibekukan sehingga sempurna.


“Berbeza dengan aiskrim yang lain, kami percaya bahawa kombinasi ramuannya yang premium meningkatkan rasa serta tekstur sekali gus menawarkan pengalamana yang gembak dalam setiap gigitan,” katanya yang ditemui dalam sidang media pelancaran aiskrim ini di Publika, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

IMG_5221

IMG_5211

DSC08505 (1)

Bagi yang ingin mencuba menikmati aiskrim baharu Caffe’ de Caramel ini boleh dapatkan di semua kedai di seluruh negara dengan harga RM2.90. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH
Video/Foto: FISHA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori