WASHINGTON DC – Sebuah bahan peledak tertinggal di bahagian mesin dalam sebuah bas sekolah tempatan selepas ejen CIA tanpa sengaja meninggalkan material berbahaya itu di situ, setelah sesi latihan.
Sebelumnya, pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) memang lazim menggunakan bas sekolah milik Briar Woods High School di Ashburn, Virginia dekat sini untuk melatih anjing pengesan bom.
Latihan biasa oleh pasukan agensi itu diadakan secara kebetulan dengan musim cuti persekolahan musim bunga menyebabkan kampus sekolah tinggi tersebut agak sunyi lengang daripada pelajar dan orang awam.
Bagaimanapun, dipercayai beberapa material komponen peledak letupan jatuh dari tempat ia dipasang ketika sesi latihan berakhir, dan terselit di antara pelbagai komponen mesin di dalam enjin bas berkenaan.

Perkara tersebut disahkan jurucakap polis Loudoun kepada stesen penyiaran CNN pada 1 April. Material itu baharu ditemui pada Rabu lalu, ketika ada pemeriksaan berkala terhadap setiap kenderaan sekolah.
Mendengar penemuan itu, pasukan bomba Loudoun bersama polis setempat langsung mengambil tindakan. Pihak CIA pun turut menyedari bahawa peledak itu memang milik mereka sejurus dimaklumkan berita itu.
Bas tersebut sebelum itu telah membawa 26 orang pelajar dari dua buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah tempatan dalam dua hari sejak material peledak berkenaan tertinggal di dalamnya.
Anehnya waima masih lagi dengan membawa bom dianggap aktif, bas berkenaan sebenarnya telah melakukan lapan trip perjalanan rutin, dengan jarak keseluruhan sudah mencapai 233 kilometer.

Latihan biasa CIA itu dari 21 hingga 24 Mac melibatkan penggunaan bahan pemusnah jenis C4 dan mujur ia sudah didapati mati walaupun tertinggal seminggu terselit dalam jentera kenderaan awam berkenaan.
“Ini sangat menakutkan kami semua,” kata salah seorang ibu bapa pelajar, Kalbana Mansabdar yang bimbang bom itu kemungkinan boleh tiba-tiba meletup tanpa dijangka jika fius peledak tersebut hidup.
Pihak CIA lucunya langsung mengerahkan kumpulan anjing pengesan yang sama ketika latihan sebelumnya itu dan mereka menyatakan tidak ada lagi material peledak yang tertinggal di dalam bas tersebut.
Selain itu, tiga ekor anjing tersebut pun turut diminta untuk memeriksa pula bas-bas sekolah lain yang diparkir di kawasan kampus berkenaan sebagai langkah berwaspada. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

