• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bumbung 18 Buah Rumah Di Padang Terap Diterbang Angin

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Bumbung 18 buah rumah di lima buah kampung di Padang Terap diterbangkan angin petang semalam.

Ia melibatkan sembilan buah rumah di Kampung Padang Nyior, Kampung Pondok Pak Teh (empat buah), Kampung Pisang (dua), Kampung Padang Terap Kiri (dua) dan Kampung Lubok Labi (sebuah).

Seorang mangsa Abdul Khalid Saad, 55, berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, beliau melihat angin kencang menghala ke arah rumahnya sebelum bmenerbangkan hampir 60 peratus bumbung rumahnya.

Operator kilang ini berkata kejadian berlaku kira-kira seminit yang disusuli hujan rintik-rintik yang menyebabkan barangan bahagian atas rumahnya basah.

“Syukur kerana saya dan isteri selamat tetapi kami agak trauma,” katanya.

Bapa kepada empat orang anak ini berkata beliau akan menutup bahagian bumbung yang diterbangkan angin dengan kain kanvas sebelum melakukan kerja baik pulih.

Sementara itu Awang Kechik Abdullah, 50, berkata bumbung rumahnya terangkat sebanyak tiga kali sebelum diterbangkan angin kencang.

“Saya bergegas untuk dapatkan tali bagi mengikat bumbung rumah saya tetapi bumbung diterbangkan angin dalam sekelip mata,” katanya dan menambah ribut melanda kampungnya beberapa kali sebelum ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang, Datuk Badrul Hisham Hashim berkata bantuan awal kepada penduduk telah disalurkan.

Beliau berkata penduduk perlu membuat laporan berhubung kerosakan rumah mereka bagi memudahkan bantuan susulan diberikan. – BERNAMA

Tags: ributRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH, 20 Jun 2026 — Sebanyak 248 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat...

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd