• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bouncer’ Dipenjara 17 Tahun Sebabkan Kematian Penyamun Kafe Siber

oleh Ahmad Albab
18/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – “Walaupun mangsa telah melakukan samun, kamu tidak sepatutnya mengambil undang-undang di tangan sendiri dengan memukulnya sehingga menyebabkan kematiannya.”

Demikian ditegaskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman ketika menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun ke atas Mohd Azrin Shah Mohamed Azraai kerana menyebabkan kematian M. Joseph, 26, tiga tahun lepas.

Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 7 Mac 2014. Mohd Azrin, 36, bekerja sebagai ‘bouncer’ atau ‘penjaga’ di sebuah kafe siber di Petaling Jaya.

Dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan bersama-sama tiga lagi yang masih bebas menyebabkan kematian Joseph di sebuah kafe siber di No: D-G-28, Blok D2, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, Petaling Jaya dekat sini, antara 7.35 pagi dan 9.50 pagi, pada 5 Nov 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Abdul Halim turut menegur sikap tertuduh kerana terlalu mengikut nafsu dan perasaan sehingga bertindak melampaui batasan.

“Bagus kamu menjalankan amanah diberikan oleh majikan kamu tetapi ia haruslah yang tidak memudaratkan diri sendiri. Benar, mangsa telah menyamun tetapi bukan kuasa kamu untuk tangkap dan pukul dia.

“Perkara di luar bidang kuasa, kita serahkan pada pihak berkuasa… kita ada polis. Tugas kamu patut beri amaran (kepada mangsa) dan lapor kepada polis bukan ambil tindakan di tangan sendiri,” katanya.

Mohd Azrin Shah pada awalnya dituduh mengikut Seksyen 302 kanun sama iaitu membunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, T. Deepa Nair sementara tertuduh diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan. – BERNAMA

Tags: Penjarapenyamun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bersatu Untuk Apa? Penyamun Pun Bersatu Juga’ – PMX Anwar

‘Bersatu Untuk Apa? Penyamun Pun Bersatu Juga’ – PMX Anwar

19/07/2026
0

KINTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tujuan sebenar sesuatu penyatuan sambil menegaskan bersatu hanya bermakna jika ia...

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd