• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Borang Pencalonan 4 DUN Catat Jualan Tertinggi – SPR

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mencatat jualan borang pencalonan tertinggi menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11), dengan 20 set bagi setiap kerusi berkenaan, sehingga semalam.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak Datuk Takun Sunggah memberitahu Bernama, empat kawasan itu yang majoritinya penduduk masyarakat Cina adalah DUN Bukit Assek, Dudong dan Bawang Assan di Sibu, serta Pujut di Miri.

Setakat ini, keempat-empat kawasan tersebut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan DAP.

BN meletakkan calon langsung di tiga daripada empat kawasan berkenaan termasuk penyandang kerusi Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh semasa menjadi anggota Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Wong yang keluar daripada SUPP pada 2014 bagi menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) sebelum menubuhkan Parti Rakyat Bersatu (UPP), telah meletak jawatan sebagai Presiden UPP untuk bertanding sebagai calon langsung BN pada PRN kali ini.

Kerusi DUN Dudong pula akan ditandingi bekas anggota SUPP dan bekas Anggota Parlimen Lanang, Datuk Tiong Thai King, manakala muka baharu seorang ahli perniagaan, Datuk Hii King Chiong akan bertanding di Pujut

Sementara kerusi DUN Bukit Assek akan ditandingi Pengerusi SUPP Bukit Assek, Chieng Buong Toon.

DAP pula mengumumkan meletakkan tiga muka baharu – peguam Irene Mary Chang Oi Ling di Bukit Assek, Chiew Sung Ngie (Bawang Assan) dan Dr Ting Tiong Choon (Pujut), sementara penyandang Yap Hoi Liong akan mempertahankan kerusi DUN Dudong.

Pada PRN 2011, DAP memenangi tiga kerusi berkenaan menerusi mendiang Wong Ho Leng di Bukit Assek, Yap Hoi Liong (Dudong) dan Fong Pau Teck (Pujut).

Selain itu, Takun berkata beberapa kawasan daripada 11 kerusi baharu pada PRN kali ini, turut mencatat penjualan borang pencalonan yang tinggi iaitu di DUN Batu Kitang dan Serembu, masing-masing 13 set.

Sementara DUN Bukit Semuja sebanyak 11 set, Gedung (10 set), Samalaju dan Murum, masing-masing lapan set, Mulu (tujuh set) dan Bukit Goram (lapan set).

Beliau berkata borang pencalonan itu dijual dengan harga RM20 satu set.

Calon juga perlu membayar deposit sebanyak RM5,000 dan bahan kempen pilihan raya RM3,000 sebelum atau pada hari penamaan calon pada Isnin ini, kata Takun. – BERNAMA

Tags: PRN SarawakSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd