• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Sokongan Kepada Penagih Ingin Pulih

oleh Ahmad Albab
19/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Semua pihak terutama ibu bapa dan masyarakat perlu memberi sokongan kepada penagih dadah yang ingin pulih daripada masalah penagihan itu.

Isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Hamidah Khamis berkata mereka yang datang mendapatkan rawatan di pusat rawatan dan pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sememangnya mahukan pertolongan untuk pulih sepenuhnya.

“Jangan mereka terus dihukum dan dipinggirkan atas kesilapan di masa lalu, berilah mereka ruang dan peluang untuk terus mendapatkan rawatan sebaiknya dan akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat dalam keadaan yang pulih sepenuhnya,” katanya.

Hamidah yang juga Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kementerian Dalam Negeri, berkata demikian semasa berucap pada majlis kunjungan kasih ke Klinik Cure and Care 1Malaysia, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Hamidah juga berkata terapi kekeluargaan menjadi pendekatan utama dalam program rawatan dan pemulihan ke atas penagih dadah di Klinik Cure and Care 1Malaysia yang dikendalikan AADK.

“Pendekatan ini sangat menitikberatkan nilai serta suasana kekeluargaan, inilah yang menjadi dorongan dan semangat buat mereka yang ada di sini,” katanya.

Beliau turut berharap AADK akan terus melaksanakan program yang lebih berkesan dalam usaha memberi rawatan dan pemulihan kepada golongan berkenaan.

Terdahulu, beliau melawat Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) di Bachok. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd