• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Pertimbangan Seadilnya Jika Terpaksa Kurangkan Pekerja

oleh Ahmad Albab
18/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sektor swasta dalam bidang minyak dan gas perlu memberi pertimbangan seadilnya kepada kebajikan pekerja jika langkah mengurangkan kakitangan perlu dilakukan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata antara yang boleh dilakukan adalah memberi pampasan sewajarnya kepada para pekerja untuk meneruskan kehidupan sementara mereka memohon pekerjaan yang lain.

“Apa yang kita mesti sedar bahawa sektor minyak dan gas ini permintaannya di luar daripada kawalan kita, faktor-faktor luaran yang tak boleh kita kawal.

“Tidak ada mana-mana kerajaan di dunia yang boleh menjamin apabila sesebuah sektor itu menguncup dari segi permintaan. (Tetapi)… semua pekerja perlu kita lindungi,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Khairiah Mohamed pada persidangan Dewan Negara pada Isnin.

Khairiah ingin tahu bagaimana kerajaan memastikan kebajikan para pekerja sektor itu terjaga dan pada masa yang sama mengukuhkan sektor minyak dan gas negara.

Menurut Perdana Menteri, negara maju seperti Amerika Syarikat dan beberapa syarikat multinasional seperti BP, Shell dan Exxon Mobil turut mengurangkan tenaga kerja.

Menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman Abdul berhubung tindakan jangka panjang kerajaan untuk mengurangkan Kebergantungan ekonomi negara terhadap hasil minyak dan gas, Najib berkata kerajaan telah melaksanakan langkah kepelbagaian sumber hasil negara.

“Sebagai perbandingan, pada awal 2009, hasil negara daripada punca minyak dan gas melebihi 40 peratus, kini dalam sekitar lebih kurang 21 peratus. Oleh itu langkah kepelbagaian telahpun menunjukkan hasil.

“Selain itu, kita terpaksa melebarkan lagi asas cukai kita kerana hanya 10 peratus sahaja daripada mereka yang bekerja membayar cukai. Maknanya daripada 13 juta orang yang bekerja, hanya 1.3 juta bayar cukai,” katanya.

Beliau berkata kerajaan turut melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai sumber yang boleh mengukuhkan hasil negara. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd