• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berasa Diaib, Roslan Shah Tuntut Aliff D’Herbs Mohon Maaf

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengacara Roslan Shah menuntut pengasas produk jenama D’Herbs iaitu Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk memberi penjelasan dan memohon maaf.

Ia susulan usahawan bumiputera terkenal itu mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat tersebut tidak pernah melantiknya sebagai jurucakap produk berkenaan.

Roslan, 46, berkata, dia berasa kecewa dan terkilan memandangkan sebelum ini berita mengenai pelantikannya itu sudah diketahui umum.

“Saya terlebih dahulu membaca kontrak diberikan tetapi tidaklah sehingga meneliti satu persatu tetapi siapa yang tidak gembira apabila diberitahu akan dilantik menjadi jurucakap D’Herbs.

“Saya tidak pernah bergelar duta produk sebelum ini dan sepatutnya saya layak mendapat penjelasan lebih teliti dan bukannya secara tiba-tiba pihak D’Herbs mengeluarkan kenyataan menafikan pelantikan saya.

Aliff

Roslan (tengah) bersama Pengarah Urusan D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya, Datin Nur Shahida Abdul Rashid.

“Perkara ini membuatkan saya berasa malu kerana satu Malaysia sudah tahu mengenai perkara itu dan saya terkilan dengan insiden ini,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Roslan memberitahu menerima bayaran lumayan daripada D’Herbs sebagai duta produk Gemolek selama 14 bulan selain bertindak sebagai pengacara untuk promosi jelajah jenama itu.

Aliff bagaimanapun ketika memperkenalkan Amelina sebagai duta produk itu menjelaskan pihaknya tidak pernah melantik Roslan menjadi jurucakap sebaliknya dia hanya bertindak sebagai pengacara dan model sahaja.

Dalam pada itu, Roslan berkata, sebelum ini ketika promosi jelajah di Ipoh, Perak, Aliff sendiri memperkenalkannya dan Amelina sebagai duta baharu D’Herbs.

Kata Roslan, dia keliru dengan sikap Aliff yang seolah-olah cuba mempermainkannya sehingga dia terpaksa menanggung malu.

“Saya hendak dia jelaskan kenapa ketika di Ipoh dia perkenalkan saya sebagai duta dan bukannya model?

“Ramai yang mendengar ketika itu dan tiba-tiba ia hanya salah faham. Saya keliru,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia sempat bertemu dengan Aliff ketika mereka sama-sama terlibat dalam promosi jelajah di Kota Kinabalu untuk membincangkan perkara tersebut sehingga berlaku pertengkaran di antara mereka.

Bagaimanapun kata Roslan, dia tidak bercadang untuk menarik diri kerana sudah pun menandatangani kontrak dan akan bersikap profesional dalam menjalankan tugas diamanahkan.

“Saya bukannya hendak perbesarkan isu berkenaan tetapi kecewa dan terkilan apabila dimalukan sebegini.

“Tetapi apa pun saya tetap akan meneruskan tanggungjawab sebagai pengacara dan model tetapi tidak akan mempromosikan produk keluarannya menerusi laman sosial,” ujarnya. – mStar Online

Tags: aliff syukridherbsRoslan Shah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Perlawanan Piala FA Perak – KL Dicemari Keganasan

Next Post

Semua Negara Perlu Kongsi Maklumat Penyalahgunaan Senjata Nuklear

Related Posts

Aliff Syukri Mohon Maaf

26/04/2022
0

CYBERJAYA : Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan video muziknya sebelum...

Aliff Syukri Calonkan Diri Sebagai Perdana Menteri Ke-9

17/08/2021
0

PETALING JAYA - Penyanyi dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan hasratnya untuk memohon jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9...

Next Post

Semua Negara Perlu Kongsi Maklumat Penyalahgunaan Senjata Nuklear

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd