• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bawa Bekas Makanan Wajar Dijadikan Budaya

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tabiat membawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan yang dibeli daripada kedai, dapat membantu mengurangkan penggunaan polisterin yang terbukti mencemarkan kesihatan dan alam sekitar.

Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata seandainya tabiat itu dapat dijadikan satu budaya, penggunaan polisterin pasti dapat dikurangkan atau dihapuskan.

“Selain berbahaya kepada alam sekitar, kandungan kimia yang terkandung dalam polisterin juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia,” katanya kepada Bernama di sini sebagai mengulas cadangan Perak untuk melarang penggunaan polisterin dan beg plastik di negeri itu mulai 2017.

Meor Razak berkata langkah kerajaan Perak adalah tindakan proaktif yang seharusnya disambut baik oleh semua pihak dan wajar dicontohi negeri lain.

Mengakui peringkat awal pelaksanaan itu mungkin sukar diterima pelbagai pihak, beliau percaya menerusi pemantauan berterusan daripada pihak berkuasa ia mampu menjadi amalan semua lapisan masyarakat.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui mempunyai pelbagai pandangan berbeza, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang kurang bersetuju.

Seorang penjawat awam, Zunainah Zulkifly, 28, berkata orang ramai sedia maklum bahan kimia yang terkandung pada polisterin boleh meresap ke dalam makanan dan seterusnya membahayakan kesihatan.

“Bahaya bahan kimia dalam polisterin ini sangat berisiko terutama kepada wanita yang mengandung dan perkara ini telah disahkan dalam kajian Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, peniaga kedai makan, Puteri Wan Norashikin Noran, 40, turut menyambut baik cadangan berkenaan dan berpendapat orang ramai boleh membawa bekas makanan sendiri untuk penjimatan.

“Walaupun penggunaan polisterin membahayakan, kosnya agak murah berbanding kotak makanan yang berasaskan kertas. Tapi kalau pembeli enggan membayar lebih, mereka boleh membawa bekas makanan sendiri dan ia lebih bersih,” katanya.

Bagaimanapun, padangan berbeza diberi seorang pengusaha katerer, Noor Azwa Mohd Ozir, 46, yang menganggap pelaksanaan itu sedikit sebanyak akan menambah kos operasi kerana perlu mencari bahan gantian plastik dan polisterin.

“Sebagai contoh, kalau beli beg kertas yang bersaiz sederhana 100 helai lebih kurang RM7.50 tetapi harga plastik hanya sekitar RM3 untuk lebih kurang 150 helai,” katanya.

Isnin lepas, Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria mengumumkan larangan terhadap penggunaan polisterin dan beg plastik berkuat kuasa Jun tahun depan.

Pelaksanaan itu akan dilakukan secara berperingkat bermula di kafetaria dan bangunan kerajaan negeri pada setiap Jumaat mulai Jun ini, manakala orang awam, pasar raya, kedai runcit, jabatan serta agensi lain pada Jun 2017. – BERNAMA

Tags: budayamakanan
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

‘Festival Rain Rave’ Bukan Pengalaman Yang Saya Inginkan Di Malaysia – TikTokers Roman Travels

‘Festival Rain Rave’ Bukan Pengalaman Yang Saya Inginkan Di Malaysia – TikTokers Roman Travels

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh media sosial luar negara, Roman Travels meluahkan pandangannya berhubung Festival Muzik Air Rain Rave 2026...

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti DAP yang sepatutnya berasa malu kerana tidak dapat membezakan antara budaya Malaysia dengan disko jalanan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd