• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Sifatkan ‘Tok Nan’ Pemimpin Luar Biasa

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALINGIAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang mesra dengan panggil Tok Nan, sebagai pemimpin yang luar biasa.

Katanya, Adenan seorang yang ringkas, mudah didekati semua pihak dan berjiwa rakyat “tidak gelojoh (dengan jawatan) dan hanya mahukan satu penggal sahaja lagi untuk menjadi ketua menteri bagi memastikan pembangunan di negeri ini.”

“Inilah ciri-ciri pemimpin yang harus disokong penuh dan didukung bersama oleh rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Masjid, di sini hari ini.

Balingian, sebuah pekan kecil di tebing Sungai Balingian di wilayah tengah Sarawak, ialah antara kawasan pembangunan di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score),

Ahmad Zahid berkata keprihatinan Adenan terhadap pembangunan di Sarawak amat ternyata apabila setiap kali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan ke Sarawak, kini sudah sebanyak 50 kali, Adenan akan menyentuh mengenai keperluan pembangunan yang berterusan di negeri ini.

Ahmad Zahid berkata untuk itu, rakyat Sarawak perlu memastikan Adenan mendapat mandat besar pada pilihan raya negeri 7 Mei ini untuk terus mentadbir negeri ini supaya usaha pembangunan yang dirancangnya dapat diteruskan.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata projek pembinaan Sekolah Menengah Balingian, yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Balingian pada 2014, akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Tanah bagi pembinaan sekolah itu sudah ada dan pelannya juga telah dibuat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN juga akan berusaha menyelesaikan masalah bekalan air yang sering terganggu di kawasan Kuala Balingian, selain isu jalan Balingian ke Sungai Anak yang rosak walaupun baru lebih setahun siap dan digunakan. – BERNAMA

Tags: PRN SarawakZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jerebu: PM Nasihat Orang Ramai Berjaga-Jaga

Next Post

Sultan Nazrin Berangkat Ke Sambutan RAJD Ke-63

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

Sultan Nazrin Berangkat Ke Sambutan RAJD Ke-63

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd