• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Titah Pertahan Institusi Kesultanan Kedah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah supaya setiap Ahli Jemaah Dato-Dato Negeri Kedah menjaga dan mempertahankan institusi kesultanan negeri itu.

Baginda bertitah, institusi Kesultanan Kedah yang telah wujud sejak tahun 1136 adalah warisan bangsa turun-temurun yang harus dibangga dan dipertahankan setiap rakyat Kedah.

“Kebelakangan ini berlaku pula tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengaku diri sebagai Sultan dan menganugerahkan bintang kebesaran palsu.

Perkara karut seperti ini hendaklah dihentikan dengan segera kerana sekiranya dibiarkan akan mencemarkan institusi kesultanan yang sah dan berdaulat di negara Malaysia yang tercinta ini,” titah baginda pada Majlis Jamuan Jemaah Dato-Dato Negeri Kedah di Istana Negara malam Sabtu.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Antara yang hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam titahnya, Tuanku Abdul Halim juga menaruh harapan tinggi kepada kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Ahmad Bashah untuk terus membawa kemajuan kepada negeri itu.

Baginda bertitah bahawa dengan hubungan erat yang terjalin antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri itu, Kedah akan maju seiring dengan negeri-negeri lain ke arah Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020. – BERNAMA

Tags: Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, Pesara Sempena Hari ATM Ke-93

Agong Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, Pesara Sempena Hari ATM Ke-93

16/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas khidmat...

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd