• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abu Zahar Berjaya Tingkatkan Lagi Martabat Dewan Negara

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang telah berjaya mempertingkatkan martabat Dewan Negara sebagai cabang legislatif yang berwibawa sepanjang dua penggal perkhidmatan beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Abu Zahar yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara hari ini telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi sehingga dihormati dan disegani semua pihak.

“Selaku menteri mengenai hal-ehwal Parlimen, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan beliau yang cemerlang dalam mengendalikan Dewan Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azalina juga yakin Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu dapat menggalas dan mampu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan bagi menjamin kelangsungan peranan penting Dewan Negara dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Abu Zahar, 72, bekas presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) pada 26 April 2010 dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-16 menggantikan Datuk Wong Foon Meng yang tamat perkhidmatan pada 12 April 2010.

Abu Zahar memulakan kariernya pada 1964 sebagai Inspektor Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan jawatan terakhir sebagai timbalan penguasa polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada 1979.

Beliau aktif dalam politik Kuala Pilah sebagai anggota jawatankuasa Pemuda UMNO dan Ketua Bahagian UMNO sebelum bertanding menjadi ADUN Pilah dan merupakan anggota Parlimen Kuala Pilah selama sepenggal pada 1995-1999. – BERNAMA

Tags: Abu Zahar UjangAzalina Othman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

26/12/2023
0

KOTA TINGGI : Syarikat serta ejen pekerja asing yang mengeksploitasi golongan itu dengan janji kerja palsu perlu disiasat serta dikenakan...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dipinda terlebih dulu sebelum membentangkan Akta Kebebasan Maklumat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd