Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

2 Wanita Islam Dipilih...

CHICAGO - Dua wanita Islam, kedua-duanya dari parti Demokrat telah dipilih oleh para...

Peraturan, Perintah Tetap DUN...

IPOH - Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Peraturan-peraturan dan...

Sekatan Jalan Raya Di...

PUTRAJAYA - Sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya ditamatkan 12 tengah malam tadi...

Landasan Kereta Api Hatyai-Padang...

PADANG BESAR: Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke...

9 Maut, 761 Cedera Dalam Gempa Bumi Di Jepun

TOKYO – Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 761 lagi cedera dalam gempa bumi 6.5 magnitud di selatan Jepun yang turut meranapkan rumah dan merosakkan jalan raya.

Ketua jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga, berkata beliau akan melawat lokasi bencana untuk menilai kerosakan.

Katanya, kira-kira 1,600 anggota tentera dikerah ke tempat kejadian dan laporan televisyen menunjukkan sebahagian daripada mereka mengagihkan selimut dan lampin pakai buang dewasa kepada ribuan penduduk yang berada di pusat perlindungan kerana rumah mereka musnah atau tidak selamat.

Kerosakan paling teruk berlaku di bandar Mashiki, kira-kira 15 kilometer ke timur bandar raya Kumamoto di pulau Kyushu, kata pegawai pengurusan bencana Kumamoto, Takayuki Matsushita.

Suga berkata, 44 daripada mangsa mengalami kecederaan serius.

Gempa melanda pada jam 9.26 malam waktu tempatan pada kedalaman 11 kilometer berhampiran Kumamoto tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.


Sementara itu, gempa bumi berukuran 6.5 turut melanda pantai kepulauan Vanuatu, beberapa jam selepas satu lagi gegaran kuat berlaku di kawasan sama, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gegaran pertama, berukuran 6.0, melanda pada kedalaman 10 kilometer kira-kira 86 kilometer dari bandar Port Orly, menurut Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Ia disusuli beberapa jam kemudian oleh gegaran susulan lebih kuat pada kedalaman dan tempat sama. – AP/AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori