• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Suspek Dicekup Polis Ketika Leka Agih Hasil Rompakan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Empat suspek pecah masuk sekolah dicekup polis ketika mereka sedang leka mengagihkan hasil rompakan di sebuah rumah di Seri Kembangan di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata suspek yang terdiri daripada pemandu dan kelindan lori itu dipercayai menjadikan rumah itu sebagai tempat mengumpul hasil rompakan.

“Ketika serbuan pada kira-kira 3 petang, Isnin lepas (25 April) mereka sedang leka mengagih-agihkan hasil rompakan.

“Pelbagai barang dirampas antaranya komputer riba, kamera digital dan beberapa jenis telefon pintar yang dipercayai hasil daripada kegiatan mereka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini, hari ini.

Dengan penahanan empat suspek itu berdasarkan maklumat rakaman kamera litar tertutup di sebuah sekolah di sini yang dipecah masuk, polis percaya telah berjaya menumpaskan geng pecah masuk sekolah yang dikesan aktif menjalankan kegiatan jenayah itu sejak dua bulan lepas, katanya.

“Hasil siasatan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemuanya terlibat dalam beberapa siri pecah sekolah sebelum ini,” katanya.

Megat Mohd Aminuddin berkata keempat-empat suspek berumur antara 25 hingga 28 tahun itu kini direman empat hari untuk siasatan.

Sementara itu, katanya polis turut memberkas dua lelaki pada Ahad lepas yang dipercayai aktif melakukan kegiatan samun di premis-premis 24 jam di sekitar Seri Kembangan. – BERNAMA

Tags: polisrompakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd