• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Penjenayah Bersenjata Ditembak Mati Di Highland Towers

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga daripada enam suspek bersenjata dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Selangor, ditembak mati awal pagi ini selepas mereka cuba menyerang polis dengan senjata tajam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah berkata polis melakukan serbuan pada kira-kira 5 pagi ini selepas mendapat maklumat suspek bersembunyi di dalam sebuah bangunan lama kondominium Highland Towers, Hulu Klang, Selangor, dekat sini.

“Dalam serbuan itu, suspek yang bersembunyi di tingkat satu bangunan itu bertindak menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan sabit.

“Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai tiga daripada enam suspek itu,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Adnan berkata suspek yang ditembak mati dipercayai berumur lingkungan 30-an dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Selain itu, polis turut merampas beberapa senjata serta peralatan samun seperti parang, sabit, pistol angin, sarung tangan, sarung muka dan pemutar skru.

“Tiga lagi suspek berjaya meloloskan diri dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan,” katanya.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat.

Beliau berkata polis yakin dengan tumpasnya kumpulan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan 26 kes samun di beberapa lokasi antaranya Dengkil, Sepang, Gombak dan Kajang yang melibatkan kerugian RM545,900.

Satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers runtuh pada 11 Dis 1993 dan dua lagi bangunan itu kini terbiar dan tidak berpenghuni atas faktor keselamatan. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd