Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Vaksin Covid-19 Bukan Dari...

ALOR SETAR - Umat Islam disarankan menerima vaksin Covid-19 yang diperakui Pertubuhan Kesihatan...

Rebut Hadiah Menarik Peluang...

MENARIK... Selepas terima sambutan positif umat Islam di Wilayah Persekutuan, kempen berzakat selama...

Tips Penting, Jangan Mandikan...

RAMAI ibu bapa bertindak dengan cara yang tidak betul termasuk ketika menangani masalah...

137 Maut, Serangan Bom...

SANAA/EDEN - Sekurang-kurangnya 137 jemaah maut dan beratus-ratus lagi cedera apabila sekumpulan pengebom...

El Nino: Lebih 3,000 Petani Di Kerian Rugi RM56 Juta

BAGAN SERAI – Lebih 3,000 petani di Daerah Kerian mengalami kerugian mencecah RM56 juta akibat fenomena El Nino, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata kawasan jelapang padi Perak yang terlibat itu adalah seluas 8,097 hektar.

“Ini satu kerugian yang besar kepada petani dan negara sebab bekalan padi di Kerian menjadi penyumbang kepada pengeluaran serta keperluan beras negara,”
katanya kepada pemberita semasa meninjau sawah yang terjejas di Kampung Dew dan Selinsing dekat sini.

Mengenai jumlah keseluruhan kawasan padi di dalam negara yang terjejas akibat El Nino, Tajuddin berkata Jabatan Pertanian sedang membuat kajian mengenainya.

“Senarai kajiannya belum siap dan saya akan melawat Kedah dan Perlis untuk mengetahui berapa ramai petani dan sawah yang mengalami kerugian akibat kemarau di dua negeri berkenaan,” katanya.


Tajuddin berkata beberapa langkah jangka panjang untuk mengatasi masalah kemarau perlu dipertimbang termasuk menyusun semula jadual penanaman padi.

“Sistem saliran dan bekalan air lebih baik perlu disediakan kerana sebelum ini kita tidak buat persediaan menyebabkan takungan air tidak mencukupi.

“Kalau ada air yang mencukupi dan ada pam, kita boleh simpan sebagai stok untuk digunakan bila berlaku bencana begini sebagai persediaan masa depan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori