• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Perlu Laksana Catuan Bekalan Air

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Perak perlu melaksanakan catuan bekalan air bagi mengelak air di empangan semakin menyusut disebabkan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino.

Anggota Lembaga Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Prof Datuk Dr N. Marimuthu berkata apabila catuan dibuat, tempoh bekalan air di empangan boleh bertahan daripada 30 hari kepada 60 hari.

“Catuan perlu dilaksanakan dua hari sekali supaya bekalan air di negeri ini tidak terjejas berikutan Jabatan Meteorologi menjangkakan cuaca panas yang melanda negara akan berlarutan sehingga September,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Empangan Bukit Merah di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya menggunakan air secara berhemah dan tidak sewenang-wenangnya melakukan pembaziran kepada perkara yang tidak berfaedah.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata air di Empangan Kolam Bukit Merah mampu bertahan 30 hari kerana paras air semakin menyusut.

Selain itu, Marimuthu berkata jurutera SPAN sedang meneliti kedudukan beberapa empangan lama di negara ini termasuk di Johor dan Perak yang sudah berusia 100 tahun. – BERNAMA

Tags: bekalan airPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd