• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ruhainies Sengaja Mahu Panjangkan Pergaduhan – Janna

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERANG dingin antara pelakon Janna Nick dan Ruhainies  bagai tidak menemui titik pengakhiran apabila masing-masing kononnya tidak mahu membesarkan hal ini tetapi masih belum berhenti memberikan kenyataan balas.

Sebelum ini, Janna Nick didakwa  sudah pandai menunjukkan belang ‘diva’ apabila dikatakan telah menghasut Michael Ang supaya mengganti Ruhainies yang sepatutnya menjadi peneraju utama filem Kimchi Untuk Awak.

Walaupun pada awalnya Ruhainies mengambil keputusan berdiam diri, tetapi dia mengakui bahawa tindakan Janna memuat naik video dan menulis caption menghina dirinya sebagai kurang matang.

Bagi Janna pula, dia mempertahanakn rakaman video yang pernah dimuatnaiknya namun kini telah dipadam.

“Saya bertindak demikian kerana mahu menjelaskan keadaan sebenar. Ini kerana terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan Ruhainies adalah tidak betul. Dia nampaknya tak henti-henti meneruskan agendanya itu”

“Sebelum isu ini jadi besar, saya telah menghubunginya dan ajak berjumpa. Tapi dia seakan tidak mahu memaafkan dan sengaja mahu memanjangkan pergaduhan”

“Saya diam sebab ingat cuma satu kenyataan saja yang dikeluarkan. Tapi lama-kelamaan kenyataan yang dikeluarkan dia semakin mengarut,” katanya kepada BH Online.

Janna Nick juga menjelaskan dia sudah menghantar Whatsapp kepada Ruhainies bagi memberitahu perkara sebenar.

Namun menurut Ruhainies pula, dia akan berkongsikan perbualan mesej tersebut apabila sudah bersedia nanti. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Janna Nickmicheal angruhainies
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN Sarawak: BN Menang Tanpa Bertanding Di Bukit Sari

Next Post

PRN Sarawak: Proses Penamaan Calon Ditutup 10 Pagi

Related Posts

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelakon kontroversi, Aliff Aziz lega apabila prosiding berkaitan kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi...

Kemasukan Murid Ke Sekolah Rendah Tahun Ini Capai 99 Peratus – Fadhlina

A Aida ‘Blacklist’ Ruhainies Untuk Produksinya

12/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Penerbit terkenal, Datuk A Aida mendedahkan dia sudahpun 'blacklist' (senarai hitam) pelakon Ruhainies daripada berlakon dalam produksi miliknya....

Next Post

PRN Sarawak: Proses Penamaan Calon Ditutup 10 Pagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd