• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

108 Pelatih Sertai Fasa Dua PLKN 2.0 – Hishammuddin

oleh Ahmad Albab
24/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 108 pelatih yang menyertai Projek Perintis Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 sudah melanjutkan pengajian bagi fasa kedua program berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata jumlah itu adalah daripada keseluruhan 469 pelatih PLKN yang terpilih menyertai projek perintis di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang pada Oktober tahun lalu.

Katanya, pelatih yang menyertai fasa kedua sedang mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN), Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Akademi KRU.

“Ini adalah satu pencapaian yang baik sekali gus menunjukkan keberkesanan PLKN berwajah baharu ini, selain membuktikan kita berada di atas landasan yang tepat.

“Pelatih yang tamat latihan ini akan sekurang-kurangnya memiliki sijil kemahiran bagi membolehkan mereka memasuki alam pekerjaan,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran PLKN 2.0 di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharum dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Mohmed Asri Yusof.

Projek Perintis PLKN 2.0 itu dilaksanakan bagi menguji keberkesanan Fasa 1 iaitu Model Pembelajaran Bersepadu membabitkan lima modul utama iaitu Fit4Life, Tech and Talk, Malaysiaku, Be Safe and Be Alert, iUpgrade serta tiga sub modul iaitu Spirituality, Volunteerism dan MyFuture.

Awal tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan penangguhan PLKN 2015 bagi memberi peluang kepada JLKN menambah baik program berkenaan. – BHarian Online

Tags: PLKN 2.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PLKN 2.0 Mampu Lahirkan Generasi Muda Berkemahiran Teknikal

12/04/2016
0

KOTA KINABALU - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 yang disambung semula selepas ditangguhkan lebih setahun, mampu melahirkan generasi muda...

219 Pelatih Program Perintis PLKN 2.0 Ditawar Masuk IKBN

15/12/2015
0

SEPANG - Seramai 219 pelatih Program Latihan Khidmat Cemerlang (PLKN) 2.0 ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd