Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Mustapa: Rakyat Perlu Halang...

KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata...

Silap Vaksin, Pekerja Bank...

KOTA BHARU - Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan...

Tak Suka Boss, Boss...

MENTERI Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan menyatakan sokongannya kepada Datuk Seri Najib...

Kerajaan Rancang Guna Platform...

KUALA LUMPUR - Platform pendanaan ramai (crowdfunding) rakan kepada rakan (P2P) berpotensi diguna...

219 Pelatih Program Perintis PLKN 2.0 Ditawar Masuk IKBN

SEPANG – Seramai 219 pelatih Program Latihan Khidmat Cemerlang (PLKN) 2.0 ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharum.

Beliau berkata mereka merupakan sebahagian dari 345 pelatih yang berjaya menamatkan program rintis PLKN 2.0 hari ini yang programnya bermula sejak Oktober lalu.

“Kita melihat matlamat bagi menyediakan platform untuk mereka melanjutkan pelajaran telah berjaya hasil kerjasama dari 10 kementerian lain,” katanya kepada media selepas menutup program rintis PLKN 2.0 di sini hari ini.

Mohd Johari berkata kursus kemahiran peringkat sijil yang ditawarkan di IKBN melibatkan dua jenis latihan kemahiran iaitu kemahiran rendah dan berat untuk tempoh pengajian selama dua tahun.

Antara kursus yang melibatkan kemahiran rendah ialah dandanan rambut, penyediaan makanan, fotografi dan teknologi informasi dan komunikasi sementara untuk kemahiran berat seperti bidang kejuruteraan, elektrik dan elektronik, katanya.

“Apa yang penting kursus yang ditawarkan kepada mereka adalah bergantung kepada minat terhadap pengajian yang akan diambil dan kita juga memberi peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat diploma,” kata Mohd Johari.


Beliau berkata berkata lebih 100 pelatih yang lain juga ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke Institut Automotif Malaysia (MAI) manakala selebihnya ada yang masih belum memberi jawapan atau sudah mempunyai pekerjaan.

Dalam pada itu, katanya PLKN menerima lebih 60,000 permohonan untuk menyertai secara sukarela bagi program PLKN siri 13/2016 yang dijadual bermula 26 Mac hingga 24 Mei tahun hadapan.

“Namun Jabatan Latihan Khidmat Negara menyasarkan kemasukan secara sukarela hanya sebanyak 30 peratus (3,000 orang) daripada jumlah kemasukan pelatih keseluruhan (20,000 orang) tahun hadapan,” katanya.

Remaja yang tidak terpilih tapi berminat untuk menyertai PLKN Kumpulan 1 Siri 13/2016 boleh membuat permohonan secara sukarela dengan memohon secara dalam talian di www.khidmatnegara.gov.my dan menghantar borang sebelum 25 Januari 2016. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]NmJMLKMP8go[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori