Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Lahad Datu: Mahkamah Perintah...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 19 daripada 30...

JSR Berkesan Tangani Isi...

MELAKA - Pengunjung program Jualan Sentuhan Rakyat (JSR) di Sungai Udang di sini...

Felcra Sedia RM10 Juta...

BAGAN SERAI - Felcra Berhad Perak menyediakan bantuan hingga RM10 juta setiap tahun...

Jawatankuasa Wujudkan Persekitaran Sihat...

PUTRAJAYA - Sebuah jawatankuasa bagi mewujudkan persekitaran yang sihat ditubuhkan berikutan peningkatan risiko...

Pemilik FC Bari, Noordin ‘Disambut’ Dengan Ludah Di Itali

JUTAWAN Malaysia yang juga merupakan pemilik baharu kelab bola sepak FC Bari 1908, Datuk Dr. Noordin Ahmad menerima ejekkan dan ‘disambut’ dengan ludah oleh pasukan pihak lawan.

Kejadian tidak dijangka itu dilaporkan berlaku ketika beliau menyaksikan pasukannya menentang Ascoli Picchio FC 1898 di Stadium Cino e Lillo Del Duca, Itali, pada Rabu lalu.

noordin_ahmad1604_620_465_100

919_959324034175585_5575584920377694235_n

Semasa menonton perlawanan tersebut, Noordin, 59, turut ditemani oleh peguamnya, Grazia Iannarelli dan Presiden Bari FC, Gianluca Paparesta.

Akibat kejadian itu, Paparesta meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan yang ditunjukkan oleh segelintir penyokong Ascoli itu dan menyifatkan perbuatan mereka sebagai tidak bertamadun.

“Walaupun kita berbeza de­ngannya (Noordin), namun tindakan biadab itu telah mencerminkan budaya Itali kepada orang luar. Ini sangat memalukan.

“Saya telah membuat aduan kepada pihak polis mengenai perkara ini agar perbuatan tersebut tidak berulang.

“Noordin datang ke Itali untuk meningkatkan mutu bola sepak kita, termasuk golongan belia. Sepatutnya insiden seperti itu tidak berlaku,” katanya kepada portal peminat kelab itu, Bari nel Pallone.


Dalam pada itu, Paparesta turut meluahkan rasa kagum dengan sikap profesional ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang ini yang tenang mengharungi momen buruk itu.

“Beliau (Noordin) langsung tidak mempedulikan tindakan penyokong tuan rumah, sebaliknya terus memberikan sokongan penuh kepada Bari.

“Malah, Noordin dilihat bersorak dan turut menyanyi bersama kira-kira 2,000 penyokong Bari di sini.

“Saya rasa, beliau telah jatuh cinta dengan penyokong Bari se­bab, ketika perjalanan ke Stadium Cino e Lillo Del Duca, Noordin sanggup berhenti seketika untuk bergambar bersama-sama mereka,” ujarnya lagi.

Perlawanan itu menyaksikan Bari mengalahkan Ascoli 1-0 hasil jaringan pemain pertahanan Denis Tonucci, sekali gus meletakkan kelab itu berada di tangga ketiga hanya di bawah Crotone dan Cagliari dengan 63 mata.

Sementara itu, Paparesta turut menjangkakan Noordin akan kekal di Bari untuk menyaksikan skuad yang diberi jolokan Ayam Jantan itu berdepan Modena di laman sendiri, Sabtu ini. – MYNEWSHUB.CC

Baca: Misteri Duta Itali Tak Kenal Anak Malaysia Bos Baharu FC Bari

&

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori