• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luncur Ombak Jadikan Wanita Ini Dekat Dengan Pencipta

oleh AK-47
21/04/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Meskipun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi untuk menjadi ahli sukan wanita berhijab, namun cabaran itu bukanlah penghalang bagi gadis muslim ini untuk turut serta dalam aktiviti sukan air.

Aurelia Khatib, ketika ditemu bual oleh stesen berita Los Angeles, KCET berkata bahawa bukan menjadi masalah bagi dirinya untuk menjadi seorang peluncur ombak meskipun berhijab.

muslimsurfers_950

Tambah Aurelia lagi, sekiranya seseorang itu benar-benar cinta atau suka akan sesuatu, pasti akan mencari jalan untuk melakukannya.

“Ya, memang ia memanaskan dan pakaian renang ini boleh jadi berat apabila basah. Tapi, jika anda benar-benar gemar lakukan sesuatu, anda akan cari jalan untuk melakukannya,” kata Aurelia kepada saluran berita tersebut.

Menurut portal Huffington Post, Aurelia antara lima wanita yang mendapat liputan KCET tentang bagaimana wanita Islam mampu mengimbangi antara komitmen kepada agama dengan cinta kepada sukan air.

hqdefault

Ada antara mereka yang memakai tudung, ada pula yang tidak. Seorang daripada mereka, Shereen Sabet, sebelum ini bertugas sebagai saintis.

Namun kini menjadi pereka fesyen menghasilkan pakaian renang sopan dan menutup aurat dinamakan sebagai Splashgear.

Walaupun direka mesra aurat untuk wanita Islam, namun ia juga boleh digunakan bagi yang bukan Islam. Kelima-lima wanita ini terasa dengan Pencipta apabila ‘membelah’ ombak.

“Saya rasa paling dekat kepada Tuhan apabila saya menyelusuri ombak,” kata Sarah Elshekih, pelayar yang juga pelajar MBA, kepada KCET.

“Tatkala tubuh anda dipukul ombak untuk beberapa saat dan anda tidak tahu pengakhirannya bagaimana, saat itulah terasa dekatnya dengan Pencipta,” ujarnya lagi.

Semenjak segmen itu disiarkan di televisyen buat pertama kali setahun lalu, orang ramai dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang atlit wanita Islam.

Ia sekali gus merobah tanggapan negatif serta memberikan persepsi baharu terhadap atlit wanita Muslim. -MYNEWSHUB.CC

Tags: luncur ombakMuslimWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd