VIDEO seorang wanita menjalankan ujikaji dengan membakar kepingan keropok yang dibelinya konon dakwa ia mempunyai kandungan plastik, sebaliknya menerima kritikan netizen di media sosial.
Rata-rata netizen yang menonton rakaman wanita terbabit menyifatkan ia sebagai satu contoh `bodoh’ dan tidak wajar untuk disebarkan.
Menerusi visual, wanita itu dilihat menyindir keropok yang dibelinya di Kelantan itu akibat berbau hangit setelah dibakar, ekoran mendakwa dicampur dengan plastik seperti produk makanan yang diimport dari China.
“Haaa… terbakar keropok Kelantan ni. Ini nak kena viralkan. Menjadi-jadi terbakarnya ni. Padanlah sedap dan rangup,†katanya.
Menurut wanita itu, pembuatan keropok sepatutnya hanya menggunakan tepung sahaja sebaliknya, makanan ringan yang dibakar itu seolah-olah dicampur dengan bahan sintetik membuatkan ia mudah terbakar.
Dia juga mendakwa pengusaha keropok di kedua-dua negeri itu cuba menipu pembeli apabila membuktikannya menerusi ujikaji yang ditunjukkan.
“Apa nak jadilah diorang ni… ingatkan pengusaha tempatan tak menipu rupa-rupanya macam dia buat kita,†ujarnya lagi.
Seorang pengguna Facebook Amrul Otai memberikan komen: “Wat malu je… bukan keropok je kalau dibakar hangus… makcik pun kalau dibakar hangus juga,†tulisnya.
Seorang lagi, Aziz Hasan memberikan komen: “Kalau bakar kambing dengan lembu rentung tak? Adakah lembu dan kambing diperbuat dari plastik sintetik atau polimer?†soalnya. – MYNEWSHUB.CC

