• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksploitasi Jual Kerepek, Keropok: 12 Diselamatkan, 8 Ditahan

oleh Mohd Arshad
24/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jenazah Bella Selamat Dikebumikan
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban: Polis menyelamatkan 12 individu yang dieksploitasi untuk menjual kerepek, keropok dan pelbagai barangan di negeri ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lapan suspek yang disyaki terbabit turut ditahan dalam enam serbuan berasingan di Seremban, Kuala Pilah dan Rembau bermula 22 Januari hingga 23 Januari.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, operasi berkenaan dijalankan bertujuan membanteras eksplotasi kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) untuk mengaut keuntungan.

“Op Mega Pembanteras Jenayah Tip dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan.

“Lapan suspek berusia antara 20 hingga 54 tahun berjaya ditahan kerana kesalahan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

“Suspek disyaki melakukan eksplotasi ke atas 12 mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan 10 wanita warga Thailand serta seorang wanita Kemboja masing-masing berusia 17 hingga 73 tahun yang berjaya diselamatkan.

“Serbuan yang dijalankan juga menahan seramai 15 warga asing berusia 28 hingga 49 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

“Kami juga merampas dua kereta, motosikal, lima telefon bimbit, 49 jenis barangan lelaki, 351 jenis makanan dan wang tunai sebanyak RM116,” katanya.

Jelas Ahmad Dzaffir, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Atipsom 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Polis Negeri Sembilan di talian 06-7682222,” katanya.

HarianMetro-

Tags: eksploitasikerepekkeropok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jenazah Bella Selamat Dikebumikan

Next Post

Istana Negara Buat Laporan Terhadap Che’gubard

Related Posts

Polis Selamatkan 402 Kanak-kanak, Remaja Mangsa Eksploitasi Rumah Amal, 171 Ditahan Termasuk Ustaz

Polis Selamatkan 402 Kanak-kanak, Remaja Mangsa Eksploitasi Rumah Amal, 171 Ditahan Termasuk Ustaz

11/09/2024
0

KUANTAN: Polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18...

“Logo Halal Sah” – Pengeluar Umi Keropok Udang

15/01/2018
0

TAIPING - Syarikat pengeluar makanan ringan berjenama ‘Umi Keropok Udang’ hari ini menjelaskan keropok udang keluarannya mempunyai logo halal yang...

Next Post
Eksploitasi Jual Kerepek, Keropok: 12 Diselamatkan, 8 Ditahan

Istana Negara Buat Laporan Terhadap Che'gubard

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd