Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Vaksin Covid-19 Dijangka Siap...

GENEVA - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa...

Kenaikan Gaji Bukti Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan gaji minimum seragam sebanyak RM1,050 di seluruh negara mulai...

Leagoo Melancarkan Tiga Peranti...

MUNGKIN ada yang tidak mengenali jenama Leagoo, namun syarikat pengeluar peranti pintar dari...

Angka Kematian Denggi Meningkat...

SAO PAULO - Kes demam denggi meningkat di sini dengan angka kematian kini...

Dr. Zakir Naik Sertai Kempen #IslamIsFirstClass TV Al Hijrah

Setelah mendepani lebih 100 ribu penonton dalam enam siri kuliah di Terengganu dan Kuala Lumpur, Tokoh Maal Hijrah 2013 Dr. Zakir Naik hadir di TV Al Hijrah untuk menyertai kempen #IslamIsFirstClass.

Kempen mengangkat usaha memartabatkan Islam sebagai Jalan Hidup Tamadun Moden ini mula diperkenalkan TV Al Hijrah pada 10 April lalu.

Dr. Zakir pada hari terakhirnya di negara ini meluangkan masa dua jam dalam rakaman episod khas Tonight With Zakir Naik yang akan mula bersiaran di TV Al Hijrah mulai Rabu 20 April pukul 10.30 malam sera Khamis 8.30 malam.

Menyentuh mengenai asas dakwah dalam era komunikasi digital, Dr. Zakir mengingatkan umat Islam mengenai peranan media massa berteknologi tinggi sebagai platform utama yang perlu diberikan keutamaan dalam meluaskan syiar Islam.

“Media Barat menyerang dan memberikan gambaran buruk mengenai Islam hingga dilihat sebagai agama keganasan. Kita harus menjawabnya melalui media massa juga,” katanya ketika diwawancara dalam program khas tersebut.

Menyedari hakikat itu, Dr. Zakir seorang lulusan Sarjana Perubatan di Universiti Mumbai, menubuhkan Peace TV yang menumpukan pada usaha menyiarkan dakwah Islam yang sebenar menggunakan pendekatan via satelit.

Peace TV di United Kingdom memiliki lapan pemancar satelit yang kini ditonton 60 juta penduduk di lebih 40 negara.

Mengenai kempen calon Presiden Parti Republikan Amerika Syarikat, Donald Trump yang secara rasis menyelar Islam, Dr. Zakir melihatnya sebagai satu kelaziman sejak sejarah lampau.

“Tiap Rasul ada musuh. Malah, Donald Trump membenarkan hujah Al Quran yang menyebut Islam akan dimusuhi hingga kiamat.”

Kata Dr. Zakir lagi, apa yang penting, umat Islam perlu terus berusaha agar hakikat sebenar Islam sebagai agama yang menyeru pada keamanan disampaikan di seluruh dunia.

IMG-20160419-WA0014

Dr. Zakir turut mendedahkan usahanya untuk melahirkan lebih ramai pendakwah yang menggunakan kaedah hujah perbandingan sebagai asas menyampaikan kebenaran Islam melalui sebuah sekolah khas di Mumbai India yang mendapat pengiktirafan Universiti Cambridge.

“Saya memiliki sekolah di Mumbai. Kami melatih pelajar seawal usia empat tahun untuk bercakap di khalayak ramai. Kami latih mereka memahami dan menghayati Al Quran serta cara menyampaikan logikanya untuk seluruh manusia.”


Dr. Zakir turut menyatakan bahawa semua usaha menyediakan pendebat yang baik dan teknologi media massa yang berdaya maju hingga 50 tahun lagi adalah antara asas dalam membuktikan #IslamIsFirstClass.

IMG-20160419-WA0016

Kehadiran Dr. Zakir bertemu Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah Izelan Basar juga melengkapkan lagi teras persefahaman dua stesyen penyiaran Islam dalam merencanakan agenda media Islam di peringkat antarabangsa.

TV Al Hijrah diberikan hak untuk menyiarkan kandungan siaran Peace TV tanpa had waktu sehingga tahun 2040.

Program Tonight With Zakir Naik akan menyiarkan lebih 80 episod ceramah Dr. Zakir merangkumi pelbagai topik dan isu.

IMG-20160419-WA0017

Kunjungan siratulrahim ini turut mengeratkan hubungan dua stesyen televisyen yang berpegang pada agenda Islam sebagai teras penyiaran.

Dr. Zakir akan berangkat pulang hari ini setelah berada di negara ini sejak 5 April lalu.

Dalam siri kuliannya di enam lokasi, Dr. Zakir turut membimbing lafaz syahadah 6 penonton yang menerima Islam setelah mendengar hujah dan penjelasannya mengenai hakikat Islam sebagai Addin.

Moga Allah merahmati Dr. Zakir Naik.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori